Khamis, 12 Julai 2012

Al-Fatihah~~~



Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita sehingga ke hari ini...
Sehingga kini kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t. demi meneruskan kerja-kerja duniawi serta meningkatkan ibadah kita kepada Allah sebagai bekalan kita ke akhirat kelak. 

Seterusnya, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. serta keluarga Baginda/ Dengan jerih payah Baginda serta para sahabat terdahulu...sehingga kini..kita dapat merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat IMAN & ISLAM... Alhamdulillah...

Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah s.w.t. sekalian...



"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah pahala-pahalamu diberikan barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"
 ( Ali Imran ;185)

______________________________________________________

Tanggal 13 Julai 2012, time makan tengahari tadi.. dapat berita  salah seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam(IPG KPI) - tempt study sekarang-
telah kembali ke rahmatullah...
Beliau bernama Almarhumah Puan Zubidah binti Abd Majid..Pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu..

Bacaan yaasin dan tahlil telah diadakan di Masjid As-Syafie dalam pukul 12 tengahari tadi. 

MARI SAMA2 KITA SEDEQAHKAN AL-FATIHAH KEPADA AL-MARHUMAH PUAN ZUBIDAH BT ABD MAJID YANG TELAH MENINGGAL DUNIA...

TIDAK LUPA JUGA MARI KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA: 
 ARWAH IBU YASIR 'ATIQURRAHMAN,
ARWAH BAPA KEPADA SAUDARI DHABITAH.. 
SEMOGA MEREKA DI TEMPATKAN BERSAMA-SAMA PARA SOLEHIN..
AMIN...

p/s: sesungguhnya.. hari mereka telah tiba.. hari kita??? Allahu Rabbi... kita tak tahu bila hari kita akan tiba.. Oleh itu, sama2 lah saya dan sahabat2 sekalian...sentiasa bermuhasabah dan mempersiapkan diri dengan bekalan2 akhirat.. 


--------------------------------------------------------
peringatan untuk diri Aisyah sendiri & sahabat2 sekalian...
sama2 muhasabah setiap hari...
insya-Allah...

sampai sini dulu...
(n_n)






0 comments: