Isnin, 31 Oktober 2011

Aku tinggalkan cinta kerana Dia...

Cerita dibawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti...amat menyayatkan hati.
Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o¬ne, you can never build it o¬n what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah o¬n their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."


Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan

-drpd seorag sahabat-

sebelum engkau halal bagiku..










"Kata Hati Seorang Wanita"



Ya, Allah,
aku berdo'a untuk seorang lelaki,
yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku,
Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih daripada segala sesuatu,
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau,
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau.


 
Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting,
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau,
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya,
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.



Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas,
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku,
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan.



 
Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku,
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi,
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya.



Ya Allah,
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu,
Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya,
Seorang lelaki yang memerlukan do'aku untuk kehidupannya,
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya,
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.


Ya Allah,
aku juga meminta,
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga,
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku,
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu,


Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo'a untuknya,
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya,
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi.


Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan :
"Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna".




Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan.


Amin Ya Rabbal 'alamin



Muhasabah diri...

Assalamualaikum sahabat2 yang melawat ke blog Aisyah...
Jom sama2 muhasabah...(n_n)

Tangisilah dosa-dosa, agar air mata berguguran, gugurnya air mata boleh menggugurkan dosa-dosa, sekaligus boleh memadamkan api Neraka, takutilah Allah dengan sepenuh hati, ia akan menjadi syafaat di Akhirat nanti.Jangan berputus asa dengan banyaknya dosa.Sebanyak mana pun dosa Allah akan mengampunkan asal berserah dan berjuang keranaNya.Iringi kejahatan dengan kebaikan.Ia akan menghapu...skan dosa dosa.Menyesali atas keterlanjuran.Jangan ulangi lagi apa yang telah di lakukan.Beristiqamah dengan kebaikan.Muhasabahlah selalu setelah dilakukan.Berdoalah selalu agar mendapat pimpinanNya...

Abdurrahman Ibn Abdullah Ibn Mas`ud berkata bahwa Ayahnya berkata kepadanya, “Takutlah terhadap Tuhanmu, menetaplah dirumahmu, kuasailah lidahmu, dan menangislah dengan mengingat dosa-dosamu.”

‘Athiyah al-Aufi berkata, “Telah sampai padaku sebuah riwayat bahwa barangsiap menangis atas kesalahan-kesalahannya, maka itu akan menghapus kesalahan-kesalahannya.”

Malik Ibn Dinar berkata, “Menangis atas dosa-dosa, itu akan menghapuskannya, seperti angin yang menerbangkan dedaunan yang kering!”

Seorang tawanan dosa-dosa berdiri mengharap di depan gerbang-Mu

Dengan perasaan takut dan cemas atas segala sesuatu (dosa) yang Engkau lebih mengetahuinya.

Dia takut atas dosa-dosanya yang tidak akan hilang dari pantauan-Mu.

Dia megharapkan ampunan-Mu dengan penuh harap dan cemas.

Siapakah tempat berharap dan takut selain diri-Mu

Yang tidak akan pernah keliru dalam memutuskan hukuman.

Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau membuatku bersedih dengan catatan-catatanku.

Pada hari perhitungan, di saat lembaran-lembaran amal dihamparan (dibuka).







kita, sebagai hamba-Nya yg takkan terlepas daripada melakukan kesalahan....dr hati yg alpa & lalai dengan nikmat duniawi...kena sentiasa bertaubat & muhasabah....agar setiap muhasabah itu bakal menimbulkan kesedaran yg jitu....insya-Allah....& Allah itu Maha Pengampun & menerima taubat hanma-hambaNya...(Surah Al-Fath ayat 2-4) 

kita sebagai manusia pasti inginkan @ mencari manusia jua untuk dijadikan tmpat mengadu....susah & senang....tetapi adakalanya....mereka akan pergi meninggalkan kita sama ada sementara @ selamanya....namun, ALLAH jua tempat mengadu yg paling hebat...Subhanallah..Allah sentiasa ada untuk kita...DIA tidak akan pernah tinggalkan kita walaupun kita terkadang lupa akanNya....& DIA sentiasa ada untuk kita pada bila2 masa jua....Jadikanlah Allah tempat mengadu yg dpt tempat ranking pertama di hati kita....barulah sahabat2 atau family kita....

* peringatan untuk diri ini jua terutamanya....(n_n) salah silap mohon teguran...*

Jumaat, 28 Oktober 2011

Wahai Wanita...



Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambutmu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang akan membakar rambutmu,
Di hari akhirat hari penentu,
Maka hanguslah segalanya,
Hilanglah cantik alun rambutmu,
Tiada lagi yang menggerbang,
Tiada lagi yang terserlah,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang 
bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepalamu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlahlah bentuk badan,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat 
membakar?
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga paras dada.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik terlindung rambutmu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
Hanya diri sendiri yang menghakimi,
Mungkin suci ikhlas kerana Ilahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu',
Riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
Alangkah ruginya andai benar begitu,
Kerna azab masih tak erlepas daripadamu,
Serupalah sahaja dirimu ditunggu,
Diseksa tidak ubah seperti wanita tidak bertudung,
Sama dengan mereka yang menyempang tudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada,
Tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat Islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaran-Nya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh.

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar Islam kembali tertegak.



Wahai wanita...sungguh mudah kita terjerumus ke dalam neraka kerana tidak menutup aurat..Sama2 kita sebagai seorang wanita muhasabah diri kita balik....renungkan balik....peringatan ni khususnya buat diri Aisyah ni & sahabat2..(n_n) Bukan mudah untuk kita berubah daripada keadaan yang baik menjadi keadaan yang lebih baik....so, sama2 lah kita perbaiki diri ... Mujahadah  untuk tinggalkan perkara2 lagha khususnya....Jom top up ibadah kita..dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya..insya-Allah....
Jgn lupa baca love letter (al-Quran) daripada Allah ye...(peringatan utk Aisyah juga).

Khamis, 27 Oktober 2011

Ciri- Ciri Lelaki Yang Dicari Untuk Calon Suami...

Assalamualaikum...
x tau lah nape nak post mende ni...
apa2 pun try le bacer dlu....
(n_n)

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


Selasa, 18 Oktober 2011

habis dah assignment...(n_n)

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum sahabat2...alhamdulillah.....cuba tengok post yg last sblum post ni...lama dh kan...Aisyah x update blog ni....(n_n) 
bukan apa, banyak kerja nak kena settlekan....
nama pun sudent lagi kan...(n_n) 
Hari ni baru le tergerak hati nak buang suma sawang2 kat blog ni..hehe....
erm...kerja kursus utk sem ni.akhirnya habis jugak...hehe
rasa lapang le juga skrg ni..pagi ni pun baru habiskan kerja2 post2 surat ni...hehe...
surat pe? adalah.....
(n_n)
hurm....
lepas ni, insya-Allah...Aisyah akan cuba post dengan sekerapnya mengikut kelapangan Aisyah....
(n_n)