Isnin, 24 Ogos 2009

Salam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan
limpah kurnianya ana masih dapat menggerakkan jari-jemari ini, dapat menghirup
udara yang segar ini..
Seterusnya, selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w.
kerana dengan jerih payah yang Baginda lalui sepanjang hayat Baginda, ana dan sahabat-sahabat
seMuslim masih dapat merasai dua nikmat
yang paling besar dalam hidup ini
iaitu
nikmat Iman dan Islam.
Alhamdulillah....
Dalam post kali ini ana ingin berkongsikan serba sedikit
bahan yang ana dapat daripada rancangan Motivasi Pagi (TV3) .
Pada hari Sabtu yang lalu, motivasi pagi disampaikan oleh Ustaz Zawawi Yusoh.
Ana yakin ramai yang kenal ustaz ni...
Oklah, masuk pada tajuk hari itu:
FADILAT RAMADHAN

  • Bulan Ramadhan turut dikenali @ dipanggil سيد الشهور (Penghulu Segala Bulan)

  • Antara fadilat Ramadhan ialah:
1. Bulan paling hebat
2. Digelar  سيد القرءان (Bulan turunnya Al-Quran)
-Allah s.w.t. turut memilih bulan Ramadhan untuk turunkan kitab-kitabNya yang lain.
* 9 Ramadhan-Kitab Zabur
* 13 Ramadhan-Kitab Taurat
* 19 Ramadhan-Kitab Injil
* 17 Ramadhan-Al-Quran
3. Ada malam Lailatul Qadr
-Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada 1000 bulan(83 tahun). Oleh itu, kita mestilah bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.Insya-Allah.
4. Ibadah Puasa
5. Bulan Keselamatan
-Puasa ialah perisai untuk kita daripada melakukan segala kejahatan.
-Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: " Syaitan ini berjalan menurut darah anak Adam".
-Oleh itu, kelaparan akan menyusahkan syaitan.
-Syaitan boleh sampai ke mana-mana sahaja di setiap inci tubuh badan kita.
6. "Syaitan kena ikat"
-Ada dua pendapat:
(i) Malaikat ikat syaitan daan campakkan ke laut.
(ii) Syaitan itu diikat dengan kekuatan puasa kita.
7. Bulan Kesabaran
-Orang yang berpuasa diajar bersabar.
-Sebabnya: (i) Sabar daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dan
                 (ii) Sabar daripada perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa.
-Contohnya: Di bulan Ramadhan, kalau seseorang itu bercakap perkara-perkara yang tidak elok, maka puasanya sah tetapi pahala puasanya tak sah.
-Oleh itu, kalau kita ingin lakukan sesuatu kerja, mestilah berkualiti, supaya di akhirat nanti, kita dapat hasilnya.
-"Orang yang paling hina, bila nak Ramadhan, dosanya tidak diampunkan".
-Orang yang buat jahat x kekang nafsu.
8. شهر المبارک  (Bulan Keberkatan)
-(i) Segala kebaikan terkumpul.
-(ii)Dosa-dosa diampunkan.
-(iii)Doa-doa diterima.
9. Bulan Pemurah.
-Sedekah utama ialah dalam Bulan Ramadhan.
-Nabi Muhammad s.a.w. bersedekah dalam Bulan Ramadhan.
-Sekali bersedekah di bulan Ramadhan, pahalanya berganda-ganda.
-Kalau bagi makan kepada orang yang berpuasa, kita dapat pahala, kita juga dapat pahala orang yang dapat makanan itu.
10. "Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi"
-Walaupun busuk di dunia, tetapi nilainya tinggi di sisi Allah s.w.t.
11. Bulan yang penuh dengan sejarah.
-Contohnya: (i) Kemenangan orang Islam dalam peperangan Badar. (313:1000)
                     (ii) Pembukaan Kota Constintinople(maaf kalau salah ejaan) oleh Sultan Muhammad al-Fatih.
"Awal Ramadhan>Rahmat"
"Tengah Ramadhan>Keampunan"
"Akhir Ramadhan>Terlepas daripada azab api neraka"
Alhamdulillah..ini sahaja yang dapat ana kongsikan dalam post kali ini.
Ana mohon maaf jika ada sebarang kesilapan.
Kalau ada kesilapan, bolehlah ana perbaiki. Insya-Allah.
Sebenarnya, banyak lagi fadilat Ramadhan tapi 
ini sahaja yang ana boleh tulis kali ini. 
Semoga daripadanya ada sedikit manfaat.
Ana turut ingatkan kepada diri ana juga.
Semoga Ramadhan kali ini akan meningkatkan lagi ibadah kita serta tahap keimanan terhadap Allah s.w.t.
Insya-Allah...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Sabtu, 15 Ogos 2009

Tazkirah ringkas

Janganlah Mengikuti Langkah2 Syaitan Kerana Syaitan Sentiasa Menyuruh Kepada Mengerjakan Perkara2 Yang Keji dan Mungkar

Allah Berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Nuur 24:21)

Renungan sejenak

SAUDARA kegelapan pasti hilang
Fajar baru di alam maya akan menjelang
Bukalah jendela hatimu merindui sinarnya
Nun di sana terserlah kelihatan cahayanya.

SAUDARA
Aku tidak jemu-jemu berjuang
Tidak bisa senjataku buang
Sekalipun gelita menekan jiwa
Ku penuh yakin fajar menjelang tiba
Suara darah ke telingaku bergendang
Lantang mengarah,berjuang..berjuang!!

Kan ku bela agama Allah
Maju terus yakin perjalananku ini
Hingga kemenangan menaungi
Atau bersemadi di pangkuan ilahi
-Assyahid Sayid Qutb-

Sabtu, 8 Ogos 2009

Rasulullah SAW Dan Pengemis Buta


Semoga setiap artikel yang ana postkan pada blog ana ini bermanfaat bagi kita semua. Insya-Allah..

Rasulullah SAW Dan Pengemis Buta

www.iluvislam.com
Syahid_Fisabilillah
Editor: lailatulema

Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r. a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r. a. "Setiap pagi Rasulullah saw selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar r. a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r. a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r. a mulai menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar r. a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu.Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepada pada aku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r. a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r. a ia pun menangis dan kemudian berkata,"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikit pun, malah ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " dan pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar r.a.

Perjalanan Hidup,Ramli Sarip

Perjalanan Hidup,Ramli Sarip
www.iluvislam.com
Lailatulema
Editor: lailatulema

Mungkin ada yang tidak pernah mengenali lagu ini,namun mungkin juga yang sudah jemu dengannya. Namun, saya sekadar ingin berkongsi dengan sahabat semua lagu yang saya kira suatu bahan berguna untuk muhasabah diri yang sering alpa walau sudah boleh digelar lagu 'evergreen'.

Walau di mana pun kita diletakkan, walau apa jua dugaan mendatang, percayalah Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Jika kita berkeluh kesah kini,jangan mengharapkan syurga yang abadi. Pernahkah sahabat terfikir mengapa tidak Allah khabarkan sahaja kisah atau epilog perjalanan hidup ini? Sedangkan itu amat mudah bagiNya. Selain daripada menjadi ujian kepada hamba-hambaNya untuk melihat tahap keimanan diri, ia juga suatu rahmat dari Yang Maha Esa. Ya! suatu rahmat.

Oleh kerana masa depan di luar pengetahuan manusia, manusia mendapat kebebasan mencuba terbaik dalam kehidupan, untuk bermimpi menjangkaui kemampuan. Tidakkah itu suatu kebahagiaan buat seorang hamba, bila mana Tuan nya sentiasa memberikan sokongan dan bantuan selagi mana berada dalam batas peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, hargailah perjalanan kehidupan ini demi meraih cinta yang hakiki.

Tiada yang kekal di dunia,
Semua hanyalah pinjaman cuma,
Berbekallah sebelum dipanggil kembali ke bumi abadi,
Jangan kelak menyesal, tiada gunanya lagi.

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari suatu kebebasan
Mencari satu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku

Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya pada Mu


Peperiksaan Percubaan SBP 2009

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi mengizinkan ana menggerakkan jari- jemari ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w. kerana dengan jerih payah Baginda kita masih lagi dapat menikmati dua nikmat yang terbesar dalm hidup kita ini iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Alhamdulillah..

Nampaknya, ana memohon maaflah kerana sudah lama kiranya ana tidak meng"up date" blog ana ini.
Sebenarnya, ana dan sahabat seperjuangan masih berada di ambang perjuangan iaitu, PEPERIKSAAN PERCUBAAN SBP 2009.
Alhamdulillah..3 subjek sudahpun lepas. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Susah jugak kertas Sejarah tu..tapi
tetap bertawakal kepada Allah setelah kita berusaha bersungguh-sungguh.
Betul tak?

Jadi, ada lagi 9 subjek yang masih belum berlangsung. Oleh itu, marilah sahabat-sahabat seperjuangan kita teruskan perjuangan kita ini sebelum melangkah ke bulan yang mulia> Bulan Ramadhan al- Mubarak...Insya-Allah...