Rabu, 30 Disember 2009

Sayang Mak...ngan Abah..





Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku.....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma.....mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada...mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak



Aku ada pasangan hidup sendiri....





Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....mak





Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....mak





Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....emakku





Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak





Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"





Selalu.. aku ingat pasanganku



Selalu.. mak ingat kat aku





Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak





Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak





Renungkan:



"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........





Tapi kalau mak sudah tiada...........



MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....







Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....



berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....



berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....



berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......



berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....



berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......



dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:



1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00



Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.



1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA



Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,



"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Isnin, 28 Disember 2009

Bulan Bintang...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..sahabat2 semua..
Post kali ni ana nak sharelah satu lagu..
Insya-Allah...
Baik untuk kita semua mengingati segala nikmat kekuasaan
dan kebesaran Allah S.W.T.
Harap semuanya terhibur..insya-Allah..
Lagu ni menjadi lagu yang menjadi salah
satu kenangan ana dengan beberapa sahabat ana..
Nasuha...
Aminah...
Aqlily...
Dan yang lain2 nya....
Rindu antunna semua..
Semoga ukhuwah fillah ini berkekalan..
Insya-Allah...



Isnin, 21 Disember 2009

Meh Ramai-ramai Isi Borang UPU Fasa 1

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..semua..
Alhamdulillah...Saya dh isi borang UPU
untuk Fasa 1...
Sahabat2 sudah?
Meh isi cepat..
Fasa 1 bermula dari
2 November 2009 sampai la 31 Disember 2009
so apa tunggu lagi...

Ahad, 20 Disember 2009

SPM.....Habis daa...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..semua...sahabat2 semua.
erm..Alhamdulillah..
SPM baru jer tamat 16/12/09 ari tu.
Paper last paper Syariah Islamiah..
Alhamdulillah semuanyer berjalan lancar...
Kini,
sama2 lah kiter TAWAKAL
kepada
ALLAH s.w.t.

Ahad, 15 November 2009

SPM!!!! Next week...!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..
Post kali ni nk cter betapa berdebarnya hati ini
menghitung hari-hari nak menjelang SPM thn ni..
fuh...bile???
Rabu depan ni ha..
18 November sampai 16 Disember..
Hope semuanya berjalan lancar....
Untuk semua Candidates SPM 2009 yang mengenali diri ini..
terutama di KISAS
Wat yg terbaik..
Samer2 kiter capai 11 A+
dan buktikan batch kter paling gempak..
insya-Allah
ameen...
Mohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini.
kalo ader salah silap selama perkenalan kiter..
huhu..
x luper h\jugak kepada sahabat2 kt
SMK Seri Perkasa, Hutan Melintang
wat yg terbaik k...
k..
Semoga hati kiter tenang semasa menjawab pekse..ameen...

SALAM PERJUANGAN...

Sabtu, 26 September 2009

PELAYARAN MUJAHID>KPU KISAS 2008

Alhamdulillah..
Post kali ini ana nak cerita sikit pasal lagu tema
Kem Penyelarasan Usrah(KPU) tahun 2008..
2008 lah sebab time tu ana angan sahabat2 lah yg laluinya..
KPU tahun tu dikendalikan oleh..
pelajar Tingkatan Enam Rendah tahun 2008..
Kire tahun ni Tingkatan Enam Atas lah kan...hehe

Lagu tema KPU 2008 ialah
PELAYARAN MUJAHID
Kalau tak silap ana lagu ni pun salah
satu lagu KISAS...
Dan lagu itu pun kalau tidak silap ana dinyanyikan oleh
pelajar Tingkatan Enam Rendah tahun 2008.
Tapi tahun lepas pelajar tu dah fly ke Mesir...
Ok...Kt post kali ini ana sertakan
lirik lagunya..
Sahabat-sahabat ana yang ada sekali time KPU 2008 tu
mesti tahu lagu ni...mesti ingat kenangan2 masa tu..
susah nak dapat kenangan camtu kan...

PELAYARAN MUJAHID

Secarik calar terukir
Menyerlah titisan darah
Merah pekat mengalir
Tumpah ke bumi Allah

Setitis air mata mengalir
Hangat di bibir mata
Seorang mujahid sejati
Di lautan perjuangan

Arus mehnah
Gelombang fitnah
Badai syaitan
Taufan nafsu
Padu menderu
Memesong arah perjuangan
Namun mujahid tetap cekal tabah
Meneruskan perjuangan
Menuju pelabuhan
Pulau impian
Daulah keimanan
Mahligai ketaqwaan

Memang sunnah berjuang
Menempuh suka dan duka
Namun itu semua
Ujian dunia
Nilai yang wajib dibayar
Untuk meraih kejayaan
Syahid fisabilillah


Khamis, 24 September 2009

Raya...

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN

ANA MOHON MAAF KEPADA SEMUA KENALAN ANA

KALAU- KALAU ANA ADA BUAT SALAH

KEPADA ANTUM SEMUA

SAMA ADA SECARA SENGAJA

ATAU TIDAK SENGAJA...

EID MUBARAK!!!

Isnin, 24 Ogos 2009

Salam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan
limpah kurnianya ana masih dapat menggerakkan jari-jemari ini, dapat menghirup
udara yang segar ini..
Seterusnya, selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w.
kerana dengan jerih payah yang Baginda lalui sepanjang hayat Baginda, ana dan sahabat-sahabat
seMuslim masih dapat merasai dua nikmat
yang paling besar dalam hidup ini
iaitu
nikmat Iman dan Islam.
Alhamdulillah....
Dalam post kali ini ana ingin berkongsikan serba sedikit
bahan yang ana dapat daripada rancangan Motivasi Pagi (TV3) .
Pada hari Sabtu yang lalu, motivasi pagi disampaikan oleh Ustaz Zawawi Yusoh.
Ana yakin ramai yang kenal ustaz ni...
Oklah, masuk pada tajuk hari itu:
FADILAT RAMADHAN

  • Bulan Ramadhan turut dikenali @ dipanggil سيد الشهور (Penghulu Segala Bulan)

  • Antara fadilat Ramadhan ialah:
1. Bulan paling hebat
2. Digelar  سيد القرءان (Bulan turunnya Al-Quran)
-Allah s.w.t. turut memilih bulan Ramadhan untuk turunkan kitab-kitabNya yang lain.
* 9 Ramadhan-Kitab Zabur
* 13 Ramadhan-Kitab Taurat
* 19 Ramadhan-Kitab Injil
* 17 Ramadhan-Al-Quran
3. Ada malam Lailatul Qadr
-Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada 1000 bulan(83 tahun). Oleh itu, kita mestilah bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.Insya-Allah.
4. Ibadah Puasa
5. Bulan Keselamatan
-Puasa ialah perisai untuk kita daripada melakukan segala kejahatan.
-Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: " Syaitan ini berjalan menurut darah anak Adam".
-Oleh itu, kelaparan akan menyusahkan syaitan.
-Syaitan boleh sampai ke mana-mana sahaja di setiap inci tubuh badan kita.
6. "Syaitan kena ikat"
-Ada dua pendapat:
(i) Malaikat ikat syaitan daan campakkan ke laut.
(ii) Syaitan itu diikat dengan kekuatan puasa kita.
7. Bulan Kesabaran
-Orang yang berpuasa diajar bersabar.
-Sebabnya: (i) Sabar daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dan
                 (ii) Sabar daripada perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa.
-Contohnya: Di bulan Ramadhan, kalau seseorang itu bercakap perkara-perkara yang tidak elok, maka puasanya sah tetapi pahala puasanya tak sah.
-Oleh itu, kalau kita ingin lakukan sesuatu kerja, mestilah berkualiti, supaya di akhirat nanti, kita dapat hasilnya.
-"Orang yang paling hina, bila nak Ramadhan, dosanya tidak diampunkan".
-Orang yang buat jahat x kekang nafsu.
8. شهر المبارک  (Bulan Keberkatan)
-(i) Segala kebaikan terkumpul.
-(ii)Dosa-dosa diampunkan.
-(iii)Doa-doa diterima.
9. Bulan Pemurah.
-Sedekah utama ialah dalam Bulan Ramadhan.
-Nabi Muhammad s.a.w. bersedekah dalam Bulan Ramadhan.
-Sekali bersedekah di bulan Ramadhan, pahalanya berganda-ganda.
-Kalau bagi makan kepada orang yang berpuasa, kita dapat pahala, kita juga dapat pahala orang yang dapat makanan itu.
10. "Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi"
-Walaupun busuk di dunia, tetapi nilainya tinggi di sisi Allah s.w.t.
11. Bulan yang penuh dengan sejarah.
-Contohnya: (i) Kemenangan orang Islam dalam peperangan Badar. (313:1000)
                     (ii) Pembukaan Kota Constintinople(maaf kalau salah ejaan) oleh Sultan Muhammad al-Fatih.
"Awal Ramadhan>Rahmat"
"Tengah Ramadhan>Keampunan"
"Akhir Ramadhan>Terlepas daripada azab api neraka"
Alhamdulillah..ini sahaja yang dapat ana kongsikan dalam post kali ini.
Ana mohon maaf jika ada sebarang kesilapan.
Kalau ada kesilapan, bolehlah ana perbaiki. Insya-Allah.
Sebenarnya, banyak lagi fadilat Ramadhan tapi 
ini sahaja yang ana boleh tulis kali ini. 
Semoga daripadanya ada sedikit manfaat.
Ana turut ingatkan kepada diri ana juga.
Semoga Ramadhan kali ini akan meningkatkan lagi ibadah kita serta tahap keimanan terhadap Allah s.w.t.
Insya-Allah...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Sabtu, 15 Ogos 2009

Tazkirah ringkas

Janganlah Mengikuti Langkah2 Syaitan Kerana Syaitan Sentiasa Menyuruh Kepada Mengerjakan Perkara2 Yang Keji dan Mungkar

Allah Berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Nuur 24:21)

Renungan sejenak

SAUDARA kegelapan pasti hilang
Fajar baru di alam maya akan menjelang
Bukalah jendela hatimu merindui sinarnya
Nun di sana terserlah kelihatan cahayanya.

SAUDARA
Aku tidak jemu-jemu berjuang
Tidak bisa senjataku buang
Sekalipun gelita menekan jiwa
Ku penuh yakin fajar menjelang tiba
Suara darah ke telingaku bergendang
Lantang mengarah,berjuang..berjuang!!

Kan ku bela agama Allah
Maju terus yakin perjalananku ini
Hingga kemenangan menaungi
Atau bersemadi di pangkuan ilahi
-Assyahid Sayid Qutb-

Sabtu, 8 Ogos 2009

Rasulullah SAW Dan Pengemis Buta


Semoga setiap artikel yang ana postkan pada blog ana ini bermanfaat bagi kita semua. Insya-Allah..

Rasulullah SAW Dan Pengemis Buta

www.iluvislam.com
Syahid_Fisabilillah
Editor: lailatulema

Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r. a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r. a. "Setiap pagi Rasulullah saw selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar r. a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r. a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r. a mulai menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar r. a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu.Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepada pada aku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r. a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r. a ia pun menangis dan kemudian berkata,"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikit pun, malah ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " dan pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar r.a.

Perjalanan Hidup,Ramli Sarip

Perjalanan Hidup,Ramli Sarip
www.iluvislam.com
Lailatulema
Editor: lailatulema

Mungkin ada yang tidak pernah mengenali lagu ini,namun mungkin juga yang sudah jemu dengannya. Namun, saya sekadar ingin berkongsi dengan sahabat semua lagu yang saya kira suatu bahan berguna untuk muhasabah diri yang sering alpa walau sudah boleh digelar lagu 'evergreen'.

Walau di mana pun kita diletakkan, walau apa jua dugaan mendatang, percayalah Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Jika kita berkeluh kesah kini,jangan mengharapkan syurga yang abadi. Pernahkah sahabat terfikir mengapa tidak Allah khabarkan sahaja kisah atau epilog perjalanan hidup ini? Sedangkan itu amat mudah bagiNya. Selain daripada menjadi ujian kepada hamba-hambaNya untuk melihat tahap keimanan diri, ia juga suatu rahmat dari Yang Maha Esa. Ya! suatu rahmat.

Oleh kerana masa depan di luar pengetahuan manusia, manusia mendapat kebebasan mencuba terbaik dalam kehidupan, untuk bermimpi menjangkaui kemampuan. Tidakkah itu suatu kebahagiaan buat seorang hamba, bila mana Tuan nya sentiasa memberikan sokongan dan bantuan selagi mana berada dalam batas peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, hargailah perjalanan kehidupan ini demi meraih cinta yang hakiki.

Tiada yang kekal di dunia,
Semua hanyalah pinjaman cuma,
Berbekallah sebelum dipanggil kembali ke bumi abadi,
Jangan kelak menyesal, tiada gunanya lagi.

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari suatu kebebasan
Mencari satu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku

Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya pada Mu


Peperiksaan Percubaan SBP 2009

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi mengizinkan ana menggerakkan jari- jemari ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w. kerana dengan jerih payah Baginda kita masih lagi dapat menikmati dua nikmat yang terbesar dalm hidup kita ini iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Alhamdulillah..

Nampaknya, ana memohon maaflah kerana sudah lama kiranya ana tidak meng"up date" blog ana ini.
Sebenarnya, ana dan sahabat seperjuangan masih berada di ambang perjuangan iaitu, PEPERIKSAAN PERCUBAAN SBP 2009.
Alhamdulillah..3 subjek sudahpun lepas. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Susah jugak kertas Sejarah tu..tapi
tetap bertawakal kepada Allah setelah kita berusaha bersungguh-sungguh.
Betul tak?

Jadi, ada lagi 9 subjek yang masih belum berlangsung. Oleh itu, marilah sahabat-sahabat seperjuangan kita teruskan perjuangan kita ini sebelum melangkah ke bulan yang mulia> Bulan Ramadhan al- Mubarak...Insya-Allah...

Sabtu, 18 Julai 2009

Renungan sejenak...


" YANG TELAH BERLALU BIARKAN IA BERLALU,
YANG MENDATANG HADAPI DENGAN CEMERLANG"

Selasa, 30 Jun 2009

Renungan sejenak...


"Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara"

Renungan sejenak...



"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

Sabtu, 27 Jun 2009

Hari Mawaddah 2009 KISAS


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
kepada semua pengunjung-pengunjung blog ana ni...
Post kali ini
ana hendak cerita pasal Hari Mawaddah yang baru sahaja
berlangsung semalam
iaitu
27 Jun 2009
bersamaan
hari Sabtu..
Macam biasalah..
Kalau hari-hari macam ni
mestilah time untuk parents datang amik
slip peperiksaan
pertengahan tahun.
Best sangat tengok parents
sahabat-sahabat lain datang..
Lagipun parents ana tidak dapat hadir sebab..
kan hari Sabtu tu
boleh dikatakan semua sekolah
kena ganti untuk cuti raya nanti..
So emak tak boleh datanglah
sbb kena mengajar kat sekolah..
Abah?
Abah pula pergi mesyuarat kt Teluk Intan..
tapi nasib baiklah slip dah ambil..itupun
jiran sekampung
yang tolong ambilkan..
segan tu..
hehe
tp xperlah..
yg penting hari ni..
Ahad,
parents nak datang sini..
tengok anak sulungnya ini..
hehe..

Kepada sahabat-sahabat,
senior-senior,
dan
junior-junior
yang dapat
Anugerah Sijil Emas tu..
TAHNIAH diucapkan.
Semoga kejayaan antum semua dapat
menjadi
pembakar semangat bagi kami semua yang x dpt anugerah tu..
huhu..
Bagi shbt-shbt yang lain pulak,
jangan cepat putus asa..
Teruskan perjuangan
insya-Allah
kita pun boleh
berjaya jugak..
amin....

Renungan Sejenak...

Siapakah sahabatmu yg sejati?
Sanggup sehidup & semati?
Sentiasa bersamamu dlm susah & senang,
di waktu mulia & hina, suka & duka?
Dari dunia hingga ke akhirat sana?...

Siapakah shbtmu yg sejati?
sanggup sehidup & semati?
Sentiasa bersamamu dlm susah & senang,
waktu mulia atau hina,, suka mahupun duka?
dari dunia hingga ke pdg mahsyar?
itulah,,,,,, AMALANMU sendiri,,
yg akan bersamamu dr dunia hingga ke pdg mahsyar,,,,


umair norkefli:
manusia takkan nampak sesuatu kebaikkan sekiranya kita hanya memaksa mereka melakukannya, akan tetapi manusia akan nampak satu kebaikkan sekiranya kita melakukannya bersama mereka, itu lah cara kita berkomunikasi dengan jiwa manusia secara tidak langsung.....
itu lah TARBIYAH Al-Amin sallallahualaihiwasallam.

Selasa, 23 Jun 2009

Andainya Cinta Itu Hendak Diberi





Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;


1.Kuat Pengamalan Agamanya

Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."


3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan

Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya

Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.

  • Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
  • Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.


Sumber : Diari Muslimah 1997


Renungan Sejenak...




Semalam kita jadi kawan.. Kerana kenangan silam.. Hari ini kita masih berkawan.. Kerana janji semalam.. Esok kita akan terus berkawan.. Kerana hari ini kita saling mendoakan.. Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan.. Kerana esok kita ada azam.. Tapi,andai esok tiada lagi.. Kita tetap kawan.. Kawan selamanya dalam kenangan...
Oleh itu, sahabat-sahabat, hargailah sahabat- sahabat yang
ada di sekeliling kita ini...

Isnin, 22 Jun 2009

Tazkirah ringkas

asyraf dinie: Kembalilah kpd peringatan Allah swt iaitu Agama Islam yg diturunkan Allah kpd RasulNya,krn jika tdk,Allah mnjanjikan kita kehidupan yg sempit & dihimpunkan pd hari kiamat dlm keadaan buta.

Allah berfirman: “Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta."(Thahaa 20:124)

Ibnu Kathir menafsirkan: “Maksud ‘sempit’ adlh kesempitan dunia,shgg tdk ada ketenangan atau kelapangan dada bgnya,justeru dadanya sempit & sulit lantaran kesesatan.Meskipun pd zahirnya merasakan kenikmatan, bisa mengenakan pakaian yg dikehendaki,tinggal ditempat yg dikehendaki, tp selama tdk memiliki kemurnian dlm keyakinan & petunjuk,maka hatinya tetap dlm kegelisahan & kebimbangan"

Sebuah Pertemuan

Alhamdulillah..Kenapa kali ini ana pilih lagu ini pula untuk diletakkan pada post kali ini?
Lagu ini banyak memberi makna kepada ana dalam bersahabat.
Tanpa insan yang bergelar sahabat, siapalah kita di dunia untuk sama-sama membimbing kita, yang sama-sama
menegur kesalahan kita, bersama- sama mencari ilmu dunia dan akhirat.
Oleh itu, sama-samalah kita semua menghargai sahabat-sahabat yang ada di sisi kita mahupun yang jauh daripada kita.
Baru-baru ini ex-kisas tahun lepas merangkap mantan exco BADAR KISAS..Kak Aisyah Humairah dan Kak Adilah Kamal Azizi telah datang melawat kami semua yakni melawat KISAS. Terlalu banyak pengalaman yang dikongsi oleh mereka kepada kami semua, pelajar aspuri KISAS.
Habis sahaja sesi bersama mereka, kami pun sama-samalah menasyidkan lagu ini. Sebuah Pertemuan. Masa itu, rasa sebak sangat..Rindu kat akak-akak tahun lepas..huhu..Lebih-lebih lagi rasa bersyukur sangat-sangat sebab dikurniakan oleh Allah s.w.t. sahabat-sahabat yang sangat baik..Oleh itu, hargailah teman kita..
dan
maafkan kesalahan sahabat-sahabat kita kalau ada kesalahan
yang dilakukan kepada kita.
Ana turut mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada
sahabat-sahabat semua terutama yang mengenali diri ini.
Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam keredhaan Allah s.w.t. insya-Allah....



Sebuah Pertemuan

www.iluvislam.com
oleh: soya06
editor: cintajannah



*****




Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan

Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman




Renungan Sejenak...


"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."

Tolong ingatkan saya...

Assalamualaikum sahabat-sahabatku…

Nak minta tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlah dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan saya..


Sabtu, 20 Jun 2009

Minggu Fikri Kolej Islam Sultan Alam Shah 2009


Alhamdulillah...pada 15.06.2009 hingga 21.06.2009, Badan Dakwah dan Rohani Kolej Islam Sultan Alam Shah berjaya mengadakan Minggu Fikri 2009.

Dan alhamdulillah juga ana dan sahabat-sahabat
masih berpeluang untuk sama-sama mengikuti
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh BADAR KISAS
pada tahun ini.

Sebenarnya terlalu banyak ilmu yang ana
dan ana percaya sahabat-sahabat ana juga turut
mendapat ilmu-ilmu yang baru sepanjang
Minggu Fikri ini.

Minggu Fikri ini bertujuan untuk
memperkenalkan kepada pelajar-pelajar
terutama kepada adik-adik Tingkatan Empat pada tahun ini
tentang sifat-sifat Islam dan juga ideologi-ideologi Barat yang
bertentangan dengan syariat Islam.

Pelbagai input yang diterima.
Kuliah dan ceramah yang disampaikan oleh
penceramah seperti Ustaz Anhar dan Ustaz Syaari
amat berguna dan penting untuk kita semua tahu
terutama apabila kita berada di luar sana.

Antara input-input yang dapat dikongsi sepanjang berada dalam
Minggu Fikri ini ialah:

Sifat-sifat Islam:
Rabbaniah
Syumuliah
'Alamiyah
Waqi'iyyah
Inqilabiyyah
Thabat dan Murunnah

Ideologi-ideologi Barat:
Sekularisme
Nasionalisme
Liberalisme
Sosialisme
Hedonisme
Pluralisme
Pragmatisme(Fragment)

Itulah sebahagian input-input yang ana dapat. Sebenarnya ada banyak lagi input-input baru. Insya-Allah..ana akan cuba tuliskan maksud-maksud bagi setiap sifat-sifat Islam dan ideologi-ideologi Barat dalam "post" akan datang. Bila? Nantikan sahaja..Insya-Allah..

Ana berharap agar segala input yang ana dan sahabat-sahabat perolehi ini akan sama-sama dihayati dan cuba memikirkannya. Mudah-mudahan segala ilmu ini akan sentiasa leat di dalam diri kita. Insya-Allah...

Sabtu, 13 Jun 2009

Bertuturlah Dengan Baik


Apa yang ana ingin kongsikan ini ialah satu bahagian yang menarik perhatian untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat ana sekalian. Ana petik daripada Majalah Asuh Edisi 143 Jun 2009. Semoga ianya turut memberi manfaat kepada kita semua walauoun sedikit. Insya-Allah.



(1) BERTUTUR DENGAN BAIK ITU UMPAMA SEDEKAH.


Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Pahala tutur yang baik sama seperti bersedekah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


(2) BANYAK BERCAKAP BANYAK SALAHNYA.


Kalau kita sedar kita asyik 'terbabas' dan banyak bercakap perkara sia-sia lebih baik kita kawal lidah dan diam sahaja:

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang yakin kepada Allah dan hari akhirat, dia perlu bercakap yang baik-baik atau diam sahaja." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


(3) JADI ORANG ISLAM YANG TERBAIK.


Pada suatu ketika sahabat Nabi bernama Abu Musa Asy'ari berkata: "Wahai Rasulullah! Siapakah orang Islam yang paling baik?" Jawab Rasulullah: "Orang yang menyebabkan semua orang Islam selamat daripada lidah dan tangannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


(4) Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah SAW juga memberi amaran tentang bahaya lidah yang boleh menjadi sebab kita tergelincir dalam neraka. Hadis diriwayatkandari Abu Hurairah r.a. dia pernah mendengar Nabi Muhammad bersabda: "Hamba yang mengucapkan kata-kata tanpa berfikir baik buruknya boleh menyebabkan dia tergelincir ke arah neraka lebih jauh dari jarak antara timur dan barat."


(5) Dalam satu hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW mengatakan tentang empat sifat yang jika ada pada seseorang, dia dianggap munafik sehingga dia meninggalkan sifat itu. Sifat itu adalah, apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap dia menipu, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bertengkar dia membuat sumpah palsu.


(6) JANGAN SUKA 'BUSY BODY'.


Sifat peka dan prihatin pada kawan-kawan itu sifat yang baik tetapi jangan pula kita asyik mencari kelemahan dan kekurangan mereka. Lebih teruk lagi kita mencanangkan pula pada orang lain. Itu mengumpat namanya.

Jika hendak tahu apa definisi sebenar tentang mengumpat, mari kita baca hadis di bawah:

Rasululah SAW pernah bertanya sahabat-sahabat baginda: "Saudara-saudara tahu apa itu mengumpat?" Sahabat-sahabat menjawab: "Allah dan utusannya lebih tahu."

Kemudian Rasulullah berkata: "Mengumpat itu ialah saudara menyebut hal rakan saudara yang dia tidak suka."

Ada orang bertanya," Apa pandangan tuan apabila saudara saya itu memang sifatnya seperti yang saya sebutkan?"

Rasulullah menjawab," Apabila dia memang begitu, maknanya saudara mengumpat kepadanya. Apabila diia tidak bersifat seperti apa yang saudara katakan, bererti saudara menfitnahnya." (Riwayat Tarmizi)


Sama-samalah kita renungi apa yang tertullis ini. Kita sama-sama memperbaiki kelemahan diri kita. Kita, manusia ini semuanya sama sahaja, yang membezakan hanya tahap ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Salah dan silap ana mohon keampunan daripada Allah SWT dan kemaafan daripada sahabat- sahabat ana sekalian. Jika ada teguran, dialu-alukan. Pastikan berhikmah..Salam Ukhuwah..

Jumaat, 12 Jun 2009

The Lost World of Tambun...

Alhamdulillah..Hari Khamis bersamaan 11 Jun 2009 ana bersama-sama keluarga pergi bercuti di The Lost World of Tambun..Tempat ini terletak di Ipoh, Perak.

Mula-mula rasa malas sangat nak pergi..Iyelah..Memandangkan sebelum ini tak keluar
mana-mana pun..jadi nafsu nak berjalan-jalan tu kuranglah..huhu..

Apa-apa pun...demi keluarga dan ana yang sudah lama tak keluar jalan-jalan pun pergilah..Apa taknya dah dapat kupon-kupon percuma, mahunya tak nak pergi..Lagipun nanti kalau tak pergi tinggal rumah sorang-sorang pulak. Lagipun tempat ni belum ana sampai dan ambil peluang ni jelajahlah tempat tu..

Sampai pun pukul 10.30 pagi...
Adik-adiklah mandi-manda sakan..ana...mandi??? fuh...tak kuasa..lagipun bahayalah.. dah beso nak main macam budak-budaklah pulak..hehe..Just tengok jer....duduk-duduk dengan emak..sembang-sembang lagi best..Lagipun datang sana tu memang nak tenangkan fikiran lepas banyak perkara bberlaku especially bila diri kita ini dipermainkan oleh sahabat..huhu sedih pulak..

Takperlah..bender tu malas nak fikir..Emak pun kata biarjer...Allah lebih tahu apa yang terbaik...Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..Betulkan?

Oklah..balik kepada cuti kt sana...Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain mandi-manda tu..

Masuk Kepura Cave..Itulah first time masuk cave tu..seronok gak..tapi takde apa-apa pun Just tempat untuk meeting ker..sembang-sembang ker...

Lepastu, Pergi tengok harimaulah..macam-macam...
Pusing lagi..berkayuhlah pulak naik angsa besar..Swan Paddle...RM3 per person plus makanan ikan RM 1...fuh..15 minit tu kene kayuh..adik punyer pasal..kayuh jugak..hehe ikhlas kerana Allah....pusing lah satu tasik tu..Alamat tak jatuh dalam task tu kalau tidak..tak balik KISAS lah ana..

Yang penting ana sudah terbang bersama my Star...Nak tahu? Pergi dulu sana cariklah..Star..Gerenti siapa tahan gayat dan pening...Bolehlah naik bender tu..huhu...Naik Pirates pulak macam nak muntah lepas tu..fuh...gayat...
Yang paling best ana dengan adik-adik ana sapu bersih semua pertandingan yang facilitators buat kat sana..Dah alang-alang satu family lepak kat tempat pertandingan tu..apa lagi kutip hadiah lah..hehe..Ana dengan dua lagi adik ana sama-sama bertanding dalam pertandingan Tarian Buluh..opps...ana tukang ketuk buluh jer..adik lelaki ana yang sibuk-sibuk menari kat dala buluh tu..akhirnya..alhamdulillah...menang tempat pertama..huhu..Lepastu sama-sama masuk pertandingan sampan pulak..apalagi hanyutkan sampan atas ais pulak..ana menag tempat kedua ..adik-adik ana masing-masing tempat kelima dan ketiga.
Adik ana lagi dua masuk pertandingan mewarna pulak..fuh....dekat sejam menunggu..oklah..alhamdulillah seorang saguhati dan seorang lagi tempat kedua..
Lepas sahaja semua pertandingan tu..alhamdulillah berbaloi dapat pulag macam-macam hadiah..ada beglah dan paling seronok dapat enam keping tiket datang sini lagi percuma sahaja..Jadi sahabat- sahabat yang mahu lepaskan beban kat fikiran tu..bolehlah ramai-ramai datang dengan family..Oklah..tujer untuk kali ini...
Kirenyer satu Tambun tu ana dah pusing..seronok tu memang seronok....Bila naik Star tu..rasa macam lepas dah semua masalah...
akperlah..bagi sahabat-sahabat yang masih belum berkesempatan untuk pergi ke sana..

Sabtu, 6 Jun 2009

Hadiah Hari Guru Khas dari 507 2009


Alhamdulillah..akhirnya kami pelajar-pelajar 507 dapat beri hadiah kad tu khas untuk guru yang mengajar kami...Kami harap guru-guru semua suka dengan hadiah kami yang tidak seberapa itu jika hendak dibandingkan dengan ilmu-ilmu dan jasa-jasa guru- guru yang tidak terkira.

Sekali lagi ana mewakili pelaja-pelajar 507 ingin mengucapkan Selamat Hari Guru..


By the way, ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat muslimat 507 yang turut memberikan kerjasama kepada ana untuk menangkap gambar-gambar antunna semua. Terima kasih diucapkan kepada Ketua Tingkatan 507, Iftitah dan sahabat-sahabat muslimin 507 kerana turut bertungkus-lumus menjayakan kad ini. Terima kasih kepada Qutham sebab sudi mendesign kad ini.


Khamis, 4 Jun 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Kisas 2009


















Alhamdulillah..Pada hari Jumaat yang lepas, bersamaan 29 hb Mei 2009 yang lepas,
kami semua telah mengadakan
Sambutan Hari Guru Peringkat Kisas Kluster Kecemerlangan 2009
Hmm...penat tu memang penat..tapi berbaloilah..sebab tahun ini, memang tahun yang paling meriah...
Macam- macam ada..Ada persembahan guru..para pelajar..
Memang best..
Tahun ni..tahun akhir kat sana..
Sedih plak..sebab tahun ni tahun terakhir sambut sebagai seorang pelajar sekolah menengah...huhu..
Aper-aperpun..terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang banyak mencurahkan jasa kepada kami semua..jasamu tetap kami kenang hingga ke akhir hayat...
Selamat Hari Guru..
Kami sayang cikgu-cikgu...
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan berada di bawah naungan Allah s.w.t.





















Tazkirah ringkas

Alhamdulillah tazkirah ini ana dan sahabat-sahabat dapat sewaktu tazkirah Maghrib-Isyak di Musolla al-Muqarrabin. Semoga ianya bermanfaat untuk dikongsi bersama. alau ada kesalahan, silalah tegur..Wallahualam...

20 Bencana Lisan

1. Berkata yang tidak perlu
2. Mengambil tahu tepi kain orang(mengambil tahu perkara-perkara yang tidak baik)
3. Melibatkan dalam kebatilan(contoh:bercakap mengenai lelaki)
4. Berbantah-bantahan dan bertengkar
5. Pertelingkahan
6. Meniru percakapan yang indah-indah(meniru cakap orang lain, meniru lebih kepada
keburukan, meniru orang lain dan melebih-lebih dari orang tersebut>over)
7. Berkata kotor, memaki hamun, lidah cabul
8. Melaknat
9. Bernyanyi, bersyair
10. Bersenda gurau
11. Menghina dan mengejek
12. Membocorkan rahsia
13. Janji bohong
14. Berdusta dalam tutur kata dan bersumpah
15. Megumpat yakni Ghibah
16. Mengadu domba, batu api
17. Percakapan dua muka, talam dua muka
18. Memuji
19. Menjaga diri daripada kesalahan-kesalahan yang merbahaya
20. Pertanyaan yang pelik-pelik

Rintihan Kalbu


Alhamdulillah..akhirnya termakbul juga

hendak meletakkan lagu Rintihan Kalbu ini di blog ana.

Kalau tidak silap ana, Rintihan Kalbu ini lagu lama Kolej Islam Sultan Alam Shah...atau

dua nama sebelumnya sama ada wujud masa Kolej Islam Malaya atau KolejIslamKlang..Komen..hmm..best sangat lagu ini..

Bait-bait liriknya sangat menyentuh hati kita yang turut

sama belajar di sana. Ramai sahabat-sahabat ana

terutama sahabat-sahabat sedorm dengan ana meminati lagu ini.

Semoga bait-bait lirik lagu ini menjadikan semangat untuk kita semua

mengharungi perjalanan sebagai seprang pelajar Muslim di Kolej Islam

serta beristiqamah mengharungi hari-hari yang akan datang, Insya-Allah..

"Fastaqim kama umirta"


Di sini ana turut sertakan bait-bait lirik lagu tersebut...

Jika ada sebarang kesalahan mohon teguran dan mohon

keampunan daripada Allah s.w.t. dan kemaafan daripada sahabat-sahabat.


RINTIHAN KALBU


Hari ini tiada senda dalam bicara

Deru air mata merupakan segalanya

Sang hati bicara sendiri

Bangunkan ummah bina generasi


Di bumi yang bertuah ini

Diriku mula mengenali

Matlamat hidup sebagai abdi

Kepada Allah, Allahu Robbi


Diriku kini sebebas unggas

Terbang riang di angkasa raya

Menyanyi merdu irama qalbu

Indahnya...Indahnya...oh Indahnya


Wahai generasi dengarlah pesanan ini

Bumi ini bumi bertuah

Suburnya sesubur tanaman di lembah

Melahirkan insan berjiwa tabah


Kutiplah mutiara...mutiara indah

Untuk bekalan diri berpindah

Sebelum jejak kaki melangkah

Sebelum penyesalan membawa padah


Sahabat perjuangan

Usah digentar musuh di hadapan

Pandanglah di depan balasan Tuhan

Syurga Firdaus menanti kalian


Teruskan...oh Teruskan

Perjuangan menegak kebenaran

Di dalam kebungkaman akhir zaman

Selagi hayat di kandung zaman


Wahai teman seperjuangan

Dengarlah harapanku ini

Pohon untukku dalam doamu

Diriku pejuang Islam yang satu

Diriku pejuang Islam yang satu