Jumaat, 9 Disember 2011

Persahabatan...nilai ukhuwah...


Assalamualaikum w.b.t sahabat2 yang sudi lagi menjenguk ke blog Aisyah ni...

Syukran Jazilan....(n_n) 

Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah....
Dengan keizinan-Nya, Aisyah masih diberi peluang oleh Allah...untuk bernafas di atas muka bumi ini....

Selawat & salam ke atas Rasul Junjungan kita...
Rasulullah s.a.w

Kalau sebelum ni, banyak juga post Aisyah berkaitan PERSAHABATAN....
Nilai UKHUWAH ISLAMIYYAH....

Kita sendiri sebagai manusia, pasti tidak akan terlepas daripada ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Begitu jua diri ini....
Dalam persahabatan/ukhuwah, pasti ada sahaja ujian @ perselisihan faham yang berlaku...
Sepanjang cuti ini, diri ini jua tak terlepas daripadanya...
Ini ujian persahabatan yang amat memberi kesan kepada diri Aisyah...
Aisyah tak bolehlah beritahu apa atau bagaimana...tetapi sekadar ingin berkongsi kesedihan...kegembiraan ketika bersama seseorang yang bernama sahabat...

Mesti sahabat2 yang membacanya post ni, tertanya-tanya...

Siapa sahabat tu? 
Tidak usahlah menguar-uarkan siapa...

Aisyah yakin pasti 'seseorang' itu akan dan sedang membaca post ni...

Aisyah sangat gembira apabila dapat mengenalimu duhai sahabat..

Meskipun kita baharu sahaja kenal, tapi itu bukanlah penghalang perkenalan kita..
Namun, diri ini mengerti mengapa dirimu tegar dan sanggup meninggalkanku....
Atas alasan2 yang tidak kukuh...
Meski seribu alasan yang dikau tuturkan...
Namun, tidak mengapalah..
Biarlah Allah sahaja yang tahu apa yang tersurat dan tersirat di dalam hatiku ini, duhai sahabat..



So, selepas tu, Aisyah pun ada lah tengok video ni lepas Subuh kelmarin...

Video ni sangat2 membuatkan hati ini tersentuh dengan keakraban ukhuwah Islamiyyah dalam persahabatan mereka..
Buat dirimu sahabat...
Sama2 lah kita muhasabah diri kita balik..Perbaiki diri kita....

Jom tengok & hayati video ni....

Dan maafkanku duhai sahabat.....atas segala silap & salahku...

Lagu ini untukmu....


Sekali lagi, maafkanku...

Wassalam...
(n_n)

4 comments:

Hana Qarirah berkata...

Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi sahabat sendiri. Kita semua tidak sempurna. Lumrah persahabatan, ada masam, manis, kelat, pahit. Berbagai-bagai perisa. Tanpa perisa-perisa tersebut, kita mungkin tidak dapat merasa betapa indahnya nilai sebuah ukhuwwah itu.

Akak saayaaangg sangat dengan ukhuwwah kita. moga ukhuwwah ini didasari dengan indahnya iman dan islam. jangan sedih-sedih adikku.

sayang chah..fillah :)

Nur'Aisyah binti Mohd Amnan berkata...

kak Hana...
huhu...syukran jazilan...
aisyah pun saaayaaang sgt2 dgn ukhuwah yg terjlin antara kita..
moga ianya berkekalan hingga ke syurga..amiin.... Sayang akak jugak..fillah... (n_n)(^_^)

shuhadasahak berkata...

oh.akukah insan itu ?
aku tinggalkan kau kaa ??
waaaaa!!

Nur'Aisyah binti Mohd Amnan berkata...

uit Shuhda Sahak....bukan ko le..ni lin..tp skrg dh ok dh....hehehe..alhamdulillah..ko mne leh tinggalkan aku...kita ibarat isi dengan kuku...lalalala