Selasa, 20 Disember 2011

Senyum...(n_n)(^_^)




Assalamualaikum...

(n_n)(^_^)
tetibe nak post pasal ni...

ha'ah
SENYUM... :-)

Kalau cakap pasal senyum, banyak kenangan tau..

Ingat lagi..
Time sekolah rendah...memang susah betul nak 'senyum2' ni...hehe
Kenapa ye...? 
Ntah...
Kawan2 yang kenal, tahulah kot kenapa...
hehe...
Sampai orang kata Aisyah garang....hahahaha
tapi garang ke? ( x garang kan? Cikgu Firol? ) hahaha
Time form 1, memang susah...payah bebeno....
Sampai lah sorg cikgu India tegur..:-)
"Aisyah ni asyik masam je....senyumlah sikit. Garang betul"
"Eh, yeker? Garang ea? Biar je...haha"

So, start hari tu...memang senyum je lah memanjang...
Tapi, ada je time2 susah sikit...nak tau?
hehehe....
Adalah....yang kenal tau lah...

Ingat senang ke senyum2 ni...
dan Ingat susah ke senyum2 ni....
Senang je..
hehehe
pening..?

So, kita ni kenalah sentisa senyum...walaupun diri kita dilanda kesusahan....cer senyum...
Insya-Allah..hati tenang, & hati orang sekeliling pun ikut senang...

Tetiba nak cter pasal ni..

"Senyum itu satu Sedekah"



Sekian dulu..
Wassalam..
(n_n)

Isnin, 19 Disember 2011

(n_n)


Assalamualaikum sahabat2...
Apa khabar?
Aisyah terbaca cerita ni kat Facebook, so Aisyah share kt blog supaya kita semua dapat manfaat daripadanya.
Tak banyak, sikit pun dah bagus.alhamdulillah..
(n_n) 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Awak ambik kos pendidikan Islam...”

“Tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya program Bahasa la…(tambah lagi.. saya amik kos komunikasi dengan bahasa Melayu lah)”

“Saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..

Ana BERTUDUNG LABUH sebab ana seorang MUSLIMAH!!!

Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " 
(An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...


*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin... 






Kepada sahabat2 Muslimah... semoga kita istiqamah di jalan-Nya...amiin... & kita sama2 berusaha meningkatkan ilmu serta berusaha menjadi hamba-Nya yang lebih baik...Peringatan khususnya buat diri ini...
Insya-Allah... 

Sampai sini dahulu...
Wassalam..
(n_n)

Isnin, 12 Disember 2011

"AISKRIM"...


Assalamualaikum w.b.t sahabat2...(n_n)
Semoga sihat selalu ye...

"AISKRIM"???

Ada apa dengan aiskrim ye..?

Sahabat-sahabat pasti suka makan aiskrim kan..?

Aisyah pun suuuuuukaaaaaaaaaaaaa sangat makan aiskrim...
Lagi-lagi aiskrim coklat...

Tapi, kali ni Aisyah nak share resipi aiskrim yang lain sikit...
Kalau yang sebelum ni askrim berguna untuk perut je..(hehe)
Kali ni, insya-Allah...bermanfaat untuk kehidupan kita...

"AISKRIM" akan lebih sedap dimakan andai diselitkan dengan maksud tersebut..:

(A)   : ALLAH adalah segala-galanya...


(I)   : ISLAM is My Way of Life...



(S)   : SUNNAH RASULULLAH S.A.W sebagai pakaian hidup...



(K)   : KEJAYAAN dunia & akhirat menjadi dambaan...






(R)   : RINDU, kasih, cinta, sayang & mahabbah hanya kerana Allah...








(I)   : IMAN, yakin, ILMU, & IHSAN faktor penting untuk kejayaan...






(M)   : MUHAMMAD S.A.W, kerananya aku bercita-cita mahu menjadi muhibbah...

So, kesimpulannya: 

(A): Allah adalah segala-galanya..

(I ): Islam is my Way of Life..

(S): Sunnah Rasul saw sebagai pakaian kehidupan..

(K): Kejayaan dunia dan akhirat menjadi dambaan..
(R): Rindu, kasih, cinta, sayang dan mahabbah hanya krn Allah..
(I ): Iman, Yakin, Ilmu dan Ihsan faktor penting utk kejayaan..
(M): Muhammad saw, kerananya aku bercita² mahu menjadi muhibbah...

Sama2 muhasabah diri kita..renung2 kan & selamat beramal...hehe..

Sampai di sini dulu..
Wassalam.
(n_n)




Ahad, 11 Disember 2011

Selamat Pengantin Baru.. (n_n)(^_^)


Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat semua...
Apa khabar hari ni?
Semoga kalian sihat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah s.w.t
Apa khabar Iman kita hari ni?
Semoga Iman kita sentiasa bertambah dari semasa ke semasa...
Insya-Allah...
Ha...baca tajuk mesti tertanya-tanya kan...
Siapa pula yang kahwin ni..?
Aisyah Amnan ke?
Hehehehehe....
Bukan  Aisyah la...
Aisyah lama lagi...
(n_n)(^_^)
Hari ini, tanggal 11.12.2011 tamatlah status bujang buat kedua-dua senior Aisyah kat IPIS tu..
Akhi Mohd Shahril & Ukhti Rihazrin..

~Selamat Pengantin Baru..~
~Sama Cantik Sama Padan~
(n_n)(^_^)
Credit untuk akak Ikin yang post gambar ni kt FB.. :-)

Alhamdulillah...
Barakallahulakuma kepada pasangan ni..
Semoga mahligai yang dibina ini sentiasa dilimpahi rahmah, mawaddah & sakinah..
sehingga ke syurga..
amiin... (n_n)

Maaf sebab Aisyah tak dapat hadir ke majlis yang berbahagia ni..

OK lah...sampai di sini dahulu...

Wassalam..
(n_n)



Jumaat, 9 Disember 2011

~Sahabat Sejati~


~Sahabat Sejati~

Kubiar kalam berbicara,
Menghurai maksudnya di jiwa,
Agar mudah kumengerti,
Segala yang terjadi,
Sudah suratan Ilahi.

Kubiarkan pena menulis,
Meluahkan hasrat di hati,
Moga terubat segala,
Keresahan di jiwa,
Tak pernah kuingini.

Aku telah pun sedaya,
Tak melukai hatimu,
Mungkin sudah suratan hidupku,
Kasih yang lama terjalin,
Berderai bagaikan kaca,
Oh teman maafkanlah diriku.

c/o: Oh Tuhan, 
Tunjukkanku jalan,
Untuk menempuhi dugaan ini,
Teman maafkan jika kumelukaimu,
Moga ikatan ukhuwah yang dibina, 
Ke akhirnya.

Aku tidakkan berdaya,
Menahan hibanya rasa,
Kau pergi meninggalkan diriku,
Redhalah apa terjadi,
Usahlah dikau kesali,
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi.

Untukmu duhai sahabat:

Sahabat sejati sukar ditemui...tetapi alangkah peritnya jika sahabat yang kita kasihi memutuskan persahabatan tanpa alasan yang kukuh...


Perkenalan bukan sekadar nama,
semudah kata,
seindah rupa,
tetapi,
ia adalah satu ikatan yang terindah...
Dan hanya yang memahami..akan menghargai dan menjaganya.. :-)

Semoga dikau sentiasa di bawah perlindungan Allah s.w.t.

Sahabat: 

Sama-samalah kita bersabar..ini ujian daripadaNya untuk kita..Ada hikmah yang tersembunyi.....

Jangan sesekali berdukacita andai hidup dilanda musibah. Jangan berputus asa tatkala gelora dugaan membadai pantai kehidupan kita. Jangan sesekali menjadikan segala cubaan itu sebagai alasan untuk menanggalkan selimut keimanan daripada jiwa kita. Sebaliknya, ingatlah betapa segala ujian dan cabaran itu didatangkan bersama hikmah untuk menguji kita. Ia umpama ujian yang ingin menilai tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya...(n_n)(^_^)


Wassalam...
(n_n)