Sabtu, 12 November 2011

Nilai Sebuah Persahabatan...


Assalamualaikum sahabat2...
Mari kita sama2 hayati bait sajak ini...(n_n)

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin degan satu keburukan,
Kau akan membencinya.

Andai kau ingin bersahabat,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau akan memfitnahnya.

Andai kau ingin berkawan,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andainya dia tidak pandai menceriakan,
Mungkin kau akan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia juga manusia biasa.


Oleh itu, sahabat2, usahlah kita bersahabat atas kepentingan sesuatu perkara,
tetapi,
bersahabatlah kerana Allah...
kerana sahabat mencerminkan diri kita...
(n_n) 
Usahlah dikau memutuskan sesuatu persahabatan kerana perkara yang remeh temeh...
kerana 
mungkin kita tidak akan berjumpa sahabat sepertinya lagi...

Kepada sahabat2 yg mengenali diri ini...
Maafkan diri ini atas keterlanjuran kelakuan, ucapan & tulisan..
kerana DIRI ini jua MANUSIA BIASA....yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan..





Sahabat2 sekelas di IPIS yang sentiasa menceriakan hari2 saya...syukran sahabat2..(n_n)

Sahabat2 JPP 11/12 IPIS yang menceriakan hari2 saya di IPIS..Ukhuwah fillah...(n_n)

" SAHABAT SEJATI YANG MENGHARGAI NILAI SEBUAH PERSAHABATAN TIDAK AKAN BERUBAH SEKALIPUN ZAMAN TERUS BERUBAH." 

Ahad, 6 November 2011

Jom berubah....(n_n)

Assalamualaikum sahabat2...(n_n)

  • DELETE semua FILE kebencian & amarah.
  • INSTALL anti-virus ego & putus asa.
  • RESTART kehidupanmu dengan kasih sayang.
  • REFRESH peribadi kita yang mulia.
  • DOWNLOAD sifat-sifat SABAR & TAQWA.
  • UPLOAD tingkah laku yang BENAR, JUJUR & IKHLAS.
  • Jangan meng-'UNDO' pengalaman buruk & sedih.
  • LOADING semua dengan DOA & USAHA.
  • COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yang bermanfaat.
  • ENTER tawakkal... (n_n)
Waktu post semua ni kat laman Facebook..salah seorang senior iaitu juga teman JPP di IPIS..
ada tambah lagi...iaitu:

FORMAT semua kesalahan kita...
jangan biarkan ia mengganggu hidup kita lagi...
caranya adalah dengan taubat nasuha. 

All that from him....tqvm abg Akmal..(n_n) 

keluarga jpp 2011/2011 ipis yang saya saaaayaaaaang sangat2.....(n_n)


Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidil Adha..(n_n) First time sambut kat maktab....


Assalamualaikum sahabat2....
alhamdulillah...di pagi raya Aidil Adha ni...kita masih lagi diberi peluang oleh 
Allah s.w.t untuk bernafas di bumiNya...
Alhamdulillah....

Pagi ni first time raya x balik umah...hihi
raya kat maktab...solat sunat raya kat Masjid Imam As-Syafie IPIS...
malam tadi dah takbir kat bilik...sayu je...
ini lah pengorbanan seseorang yang bergelar pelajar..
ini pun boleh jadi satu pengalaman manis buat Aisyah...

Pagi tadi pun selepas balik bilik....dapat mesej daripada classmate(Adibah),
katanya aadik bongsu kak Atikah (classmate) baru berusia 2 bulan meninggal dunia...
Allah....sayu je rasa...
sebab baru hari Jumaat lepas kak Atikah datang bilik...
sembang2 pasal adik dia....

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..
Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali...

Semoga keluarga kak Atikah tabah menghadapi dugaan ini..
semoga arwah adik kak Atikah dicucuri rahmat dan tergolong di sisi orang2 yang beriman.. 
amiin...

Kepada sahabat2:

* Cinta itu indah, makin indah jika disulami rasa kasih & pengorbanan yang ikhlas seperti cinta dan kasih Nabi Ibrahim kepada-Nya... Salam Aidil Adha...

* Allahuakbar...Allahuakbar....Allahuakbar... wa lillahilhamd...Bila bergema takbir kemenangan, singkaplah semual sirah junjungan, tulus perngorbanan Nabi Allah..Ibrahim, suci kerelaan Nabi Ismail, demi Allah cinta utama... Aidiladha ini, semoga kita semua mendapat kekuatan dariNya, untuk bertemu ketulusan pengorbanan mereka, dalam perjalanan sukar menuju Pencipta....




SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.....(n_n)

Assalamualaikum...

Apabila Seorang Hamba Mukmin Sakit...

Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”

Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akanmenyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah lalu berkata :

“Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”

Allah menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Akumenyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”

Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : 

“Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Khamis, 3 November 2011

Cinta yang Tak Masuk Akal...


Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?


Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!





"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh 
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". 
~Surah Al-'Asr.