Isnin, 28 Mac 2011

Sahabat baikku...



Sahabat baik yang kusayangi kerana Allah,
Betapa aku sangat merinduimu,
Aku sangat merindui setiap bicaramu,
Aku sangat merindui setiap gurau sendamu,
Sahabat baik yang kurindui kerana Allah,
Semoga dikau sentiasa sihat walafiat,
Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau duhai sahabatku.
Usah gusar akan keadaan kudisini,
Walau kujauh di mata,
Namun, dikau sentiasa ada dalam rangkaian doaku...
Maafkanku duhai sahabatku,
Semoga segala masalah ini akan berakhir dengan kebahagiaan yang kita ingini,
Usah dikau risau duhai sahabatku,
Setiap yang berlaku,
Pasti ada hikmahnya...
Bersabarlah duhai sahabatku...


Hasil nukilan,

Aisyah Amnan @ Bintang Kejora
Bilik C436,IPIS,11 malam,28/3/2011

0 comments: