Rabu, 23 Mac 2011

MUJAHADAH......

"Wahai muslimah solehah, jadilah mukminah mujahidah, mujahidah yang akan menyeru agar ditinggalkan dirinya yang dahulu, mujahidah yang akan berdakwah, agar diri dan umat berubah, mujahidah yang akan mengajak, agar Islam kembali tertegak..."
*Peringatan untuk diri ini khususnya..huhu...
Alhamdulillah, hari Ahad yang lepas berkesempatan menghadiri forum 'Di Mana DIA di Hatiku?'..
Moderator: Kak Wardina Safiyyah
Panelis: 1. Ustaz Pahrol Mohd Juoi
            2. Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre
            3. Pyan SAUJANA (x dpt hadir)
Macam2 info dan ilmu yang kami dapat masa forum tu...
Banyak terangkan mengenai HATI...
Berkaitan MUJAHADAH...
Peringkat2 ingin melakukan MUJAHADAH:
1. Peringkat BISA/PEDIH- yela..bayangkan mula2 kita nak tinggalkan perkara @ aktiviti yang kita biasa lakukan.. Contohnya, melepak, merokok,...dll...yang tak banyak datangkan kebaikan pada diri kita....pasti kita akan rasa pedih sgt...rasa bisa sangat kan....baguslah kita dapat rasa BISA DAN PEDIH tu...kita yakin kita boleh tinggalkan perkara2 tu...Bila kita dah rasa macam tu, teruskan...ISTIQAMAH dengan apa yang kita dah buat..jangan sekejap2 pulak...kita teruskan....istiqamah..sehingga akhirnya kita sampai pada peringkat yang KEDUA....iaitu....
2. Peringkat BIASA- haa....dah sampai peringkat BIASA...biasa macam mana tu..? Bila kita dah selalu @ ISTIQAMAH tinggalkan perkara2 yang kurang atau tidak membawa faedah kepada diri kita, kita akan rasa perkara tu dah biasa..maksudnya, kita dah x rasa sangat pedih dan bisa bila tinggalkan semua tu.... 'ALAH BISA TEGAL BIASA'.Teruskan ISTIQAMAH dalam bermujahadah sehinggalah peringkat  KETIGA ini....iaitu...
3. Peringkat حلاوة (Halawah)= KEMANISAN...- hmm...nk sampai ke peringkat ini...bukannya mudah...pasti dalam kita berusaha beristiqamah..ada saja halangan yang menimpa...xperlah..yang penting kita berusaha nak menuju ke peringkat ini...
Mujahadah...peringatan untuk diri ana khususnya...setiap insan ingin berubah daripada yang tidak baik ke arah yang baik...daripada yang baik..ke arah yang lebih baik...mudah-mudahan kita sentiasa ISTIQAMAH...jika ingin lakukan perubahan dalam diri...
LETAKLAH ALLAH S.W.T. DI DALAM HATI KITA....
* Andai ada kesilapan dalam penulisan ana, mohon teguran yang membina...syukran..

0 comments: