Isnin, 18 Januari 2010

Pohon Semalu & Muslimah





“Pada suatu hari,


Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,

Saidatina Fatimah r.a.

Setibanya mereka berdua di bawah

sebatang pohon tamar,

Fatimah terpijak pohon semalu,


kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya

apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ

dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada

Puteri kesayangannya itu bahawasanya

pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada

pohon semalu ini dari


4 aspek:



Pertama: Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.

Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai

perasaan malu(pada tempatnya).


Kedua: Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.

Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan

diri dan maruah sebagai

seorang wanita Muslim.


Ketiga: Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat


dan mencengkam bumi.

Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai

keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Keempat: Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.

Oleh itu, para wanita sekalian,


kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.