Sabtu, 13 Jun 2009

Bertuturlah Dengan Baik


Apa yang ana ingin kongsikan ini ialah satu bahagian yang menarik perhatian untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat ana sekalian. Ana petik daripada Majalah Asuh Edisi 143 Jun 2009. Semoga ianya turut memberi manfaat kepada kita semua walauoun sedikit. Insya-Allah.



(1) BERTUTUR DENGAN BAIK ITU UMPAMA SEDEKAH.


Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Pahala tutur yang baik sama seperti bersedekah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


(2) BANYAK BERCAKAP BANYAK SALAHNYA.


Kalau kita sedar kita asyik 'terbabas' dan banyak bercakap perkara sia-sia lebih baik kita kawal lidah dan diam sahaja:

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang yakin kepada Allah dan hari akhirat, dia perlu bercakap yang baik-baik atau diam sahaja." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


(3) JADI ORANG ISLAM YANG TERBAIK.


Pada suatu ketika sahabat Nabi bernama Abu Musa Asy'ari berkata: "Wahai Rasulullah! Siapakah orang Islam yang paling baik?" Jawab Rasulullah: "Orang yang menyebabkan semua orang Islam selamat daripada lidah dan tangannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


(4) Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah SAW juga memberi amaran tentang bahaya lidah yang boleh menjadi sebab kita tergelincir dalam neraka. Hadis diriwayatkandari Abu Hurairah r.a. dia pernah mendengar Nabi Muhammad bersabda: "Hamba yang mengucapkan kata-kata tanpa berfikir baik buruknya boleh menyebabkan dia tergelincir ke arah neraka lebih jauh dari jarak antara timur dan barat."


(5) Dalam satu hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW mengatakan tentang empat sifat yang jika ada pada seseorang, dia dianggap munafik sehingga dia meninggalkan sifat itu. Sifat itu adalah, apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap dia menipu, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bertengkar dia membuat sumpah palsu.


(6) JANGAN SUKA 'BUSY BODY'.


Sifat peka dan prihatin pada kawan-kawan itu sifat yang baik tetapi jangan pula kita asyik mencari kelemahan dan kekurangan mereka. Lebih teruk lagi kita mencanangkan pula pada orang lain. Itu mengumpat namanya.

Jika hendak tahu apa definisi sebenar tentang mengumpat, mari kita baca hadis di bawah:

Rasululah SAW pernah bertanya sahabat-sahabat baginda: "Saudara-saudara tahu apa itu mengumpat?" Sahabat-sahabat menjawab: "Allah dan utusannya lebih tahu."

Kemudian Rasulullah berkata: "Mengumpat itu ialah saudara menyebut hal rakan saudara yang dia tidak suka."

Ada orang bertanya," Apa pandangan tuan apabila saudara saya itu memang sifatnya seperti yang saya sebutkan?"

Rasulullah menjawab," Apabila dia memang begitu, maknanya saudara mengumpat kepadanya. Apabila diia tidak bersifat seperti apa yang saudara katakan, bererti saudara menfitnahnya." (Riwayat Tarmizi)


Sama-samalah kita renungi apa yang tertullis ini. Kita sama-sama memperbaiki kelemahan diri kita. Kita, manusia ini semuanya sama sahaja, yang membezakan hanya tahap ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Salah dan silap ana mohon keampunan daripada Allah SWT dan kemaafan daripada sahabat- sahabat ana sekalian. Jika ada teguran, dialu-alukan. Pastikan berhikmah..Salam Ukhuwah..

0 comments: