Selasa, 30 Jun 2009

Renungan sejenak...


"Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara"

Renungan sejenak...



"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

Sabtu, 27 Jun 2009

Hari Mawaddah 2009 KISAS


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
kepada semua pengunjung-pengunjung blog ana ni...
Post kali ini
ana hendak cerita pasal Hari Mawaddah yang baru sahaja
berlangsung semalam
iaitu
27 Jun 2009
bersamaan
hari Sabtu..
Macam biasalah..
Kalau hari-hari macam ni
mestilah time untuk parents datang amik
slip peperiksaan
pertengahan tahun.
Best sangat tengok parents
sahabat-sahabat lain datang..
Lagipun parents ana tidak dapat hadir sebab..
kan hari Sabtu tu
boleh dikatakan semua sekolah
kena ganti untuk cuti raya nanti..
So emak tak boleh datanglah
sbb kena mengajar kat sekolah..
Abah?
Abah pula pergi mesyuarat kt Teluk Intan..
tapi nasib baiklah slip dah ambil..itupun
jiran sekampung
yang tolong ambilkan..
segan tu..
hehe
tp xperlah..
yg penting hari ni..
Ahad,
parents nak datang sini..
tengok anak sulungnya ini..
hehe..

Kepada sahabat-sahabat,
senior-senior,
dan
junior-junior
yang dapat
Anugerah Sijil Emas tu..
TAHNIAH diucapkan.
Semoga kejayaan antum semua dapat
menjadi
pembakar semangat bagi kami semua yang x dpt anugerah tu..
huhu..
Bagi shbt-shbt yang lain pulak,
jangan cepat putus asa..
Teruskan perjuangan
insya-Allah
kita pun boleh
berjaya jugak..
amin....

Renungan Sejenak...

Siapakah sahabatmu yg sejati?
Sanggup sehidup & semati?
Sentiasa bersamamu dlm susah & senang,
di waktu mulia & hina, suka & duka?
Dari dunia hingga ke akhirat sana?...

Siapakah shbtmu yg sejati?
sanggup sehidup & semati?
Sentiasa bersamamu dlm susah & senang,
waktu mulia atau hina,, suka mahupun duka?
dari dunia hingga ke pdg mahsyar?
itulah,,,,,, AMALANMU sendiri,,
yg akan bersamamu dr dunia hingga ke pdg mahsyar,,,,


umair norkefli:
manusia takkan nampak sesuatu kebaikkan sekiranya kita hanya memaksa mereka melakukannya, akan tetapi manusia akan nampak satu kebaikkan sekiranya kita melakukannya bersama mereka, itu lah cara kita berkomunikasi dengan jiwa manusia secara tidak langsung.....
itu lah TARBIYAH Al-Amin sallallahualaihiwasallam.

Selasa, 23 Jun 2009

Andainya Cinta Itu Hendak Diberi





Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;


1.Kuat Pengamalan Agamanya

Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."


3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan

Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya

Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.

  • Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
  • Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.


Sumber : Diari Muslimah 1997


Renungan Sejenak...




Semalam kita jadi kawan.. Kerana kenangan silam.. Hari ini kita masih berkawan.. Kerana janji semalam.. Esok kita akan terus berkawan.. Kerana hari ini kita saling mendoakan.. Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan.. Kerana esok kita ada azam.. Tapi,andai esok tiada lagi.. Kita tetap kawan.. Kawan selamanya dalam kenangan...
Oleh itu, sahabat-sahabat, hargailah sahabat- sahabat yang
ada di sekeliling kita ini...

Isnin, 22 Jun 2009

Tazkirah ringkas

asyraf dinie: Kembalilah kpd peringatan Allah swt iaitu Agama Islam yg diturunkan Allah kpd RasulNya,krn jika tdk,Allah mnjanjikan kita kehidupan yg sempit & dihimpunkan pd hari kiamat dlm keadaan buta.

Allah berfirman: “Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta."(Thahaa 20:124)

Ibnu Kathir menafsirkan: “Maksud ‘sempit’ adlh kesempitan dunia,shgg tdk ada ketenangan atau kelapangan dada bgnya,justeru dadanya sempit & sulit lantaran kesesatan.Meskipun pd zahirnya merasakan kenikmatan, bisa mengenakan pakaian yg dikehendaki,tinggal ditempat yg dikehendaki, tp selama tdk memiliki kemurnian dlm keyakinan & petunjuk,maka hatinya tetap dlm kegelisahan & kebimbangan"

Sebuah Pertemuan

Alhamdulillah..Kenapa kali ini ana pilih lagu ini pula untuk diletakkan pada post kali ini?
Lagu ini banyak memberi makna kepada ana dalam bersahabat.
Tanpa insan yang bergelar sahabat, siapalah kita di dunia untuk sama-sama membimbing kita, yang sama-sama
menegur kesalahan kita, bersama- sama mencari ilmu dunia dan akhirat.
Oleh itu, sama-samalah kita semua menghargai sahabat-sahabat yang ada di sisi kita mahupun yang jauh daripada kita.
Baru-baru ini ex-kisas tahun lepas merangkap mantan exco BADAR KISAS..Kak Aisyah Humairah dan Kak Adilah Kamal Azizi telah datang melawat kami semua yakni melawat KISAS. Terlalu banyak pengalaman yang dikongsi oleh mereka kepada kami semua, pelajar aspuri KISAS.
Habis sahaja sesi bersama mereka, kami pun sama-samalah menasyidkan lagu ini. Sebuah Pertemuan. Masa itu, rasa sebak sangat..Rindu kat akak-akak tahun lepas..huhu..Lebih-lebih lagi rasa bersyukur sangat-sangat sebab dikurniakan oleh Allah s.w.t. sahabat-sahabat yang sangat baik..Oleh itu, hargailah teman kita..
dan
maafkan kesalahan sahabat-sahabat kita kalau ada kesalahan
yang dilakukan kepada kita.
Ana turut mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada
sahabat-sahabat semua terutama yang mengenali diri ini.
Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam keredhaan Allah s.w.t. insya-Allah....



Sebuah Pertemuan

www.iluvislam.com
oleh: soya06
editor: cintajannah



*****




Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan

Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman




Renungan Sejenak...


"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."

Tolong ingatkan saya...

Assalamualaikum sahabat-sahabatku…

Nak minta tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlah dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan saya..


Sabtu, 20 Jun 2009

Minggu Fikri Kolej Islam Sultan Alam Shah 2009


Alhamdulillah...pada 15.06.2009 hingga 21.06.2009, Badan Dakwah dan Rohani Kolej Islam Sultan Alam Shah berjaya mengadakan Minggu Fikri 2009.

Dan alhamdulillah juga ana dan sahabat-sahabat
masih berpeluang untuk sama-sama mengikuti
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh BADAR KISAS
pada tahun ini.

Sebenarnya terlalu banyak ilmu yang ana
dan ana percaya sahabat-sahabat ana juga turut
mendapat ilmu-ilmu yang baru sepanjang
Minggu Fikri ini.

Minggu Fikri ini bertujuan untuk
memperkenalkan kepada pelajar-pelajar
terutama kepada adik-adik Tingkatan Empat pada tahun ini
tentang sifat-sifat Islam dan juga ideologi-ideologi Barat yang
bertentangan dengan syariat Islam.

Pelbagai input yang diterima.
Kuliah dan ceramah yang disampaikan oleh
penceramah seperti Ustaz Anhar dan Ustaz Syaari
amat berguna dan penting untuk kita semua tahu
terutama apabila kita berada di luar sana.

Antara input-input yang dapat dikongsi sepanjang berada dalam
Minggu Fikri ini ialah:

Sifat-sifat Islam:
Rabbaniah
Syumuliah
'Alamiyah
Waqi'iyyah
Inqilabiyyah
Thabat dan Murunnah

Ideologi-ideologi Barat:
Sekularisme
Nasionalisme
Liberalisme
Sosialisme
Hedonisme
Pluralisme
Pragmatisme(Fragment)

Itulah sebahagian input-input yang ana dapat. Sebenarnya ada banyak lagi input-input baru. Insya-Allah..ana akan cuba tuliskan maksud-maksud bagi setiap sifat-sifat Islam dan ideologi-ideologi Barat dalam "post" akan datang. Bila? Nantikan sahaja..Insya-Allah..

Ana berharap agar segala input yang ana dan sahabat-sahabat perolehi ini akan sama-sama dihayati dan cuba memikirkannya. Mudah-mudahan segala ilmu ini akan sentiasa leat di dalam diri kita. Insya-Allah...

Sabtu, 13 Jun 2009

Bertuturlah Dengan Baik


Apa yang ana ingin kongsikan ini ialah satu bahagian yang menarik perhatian untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat ana sekalian. Ana petik daripada Majalah Asuh Edisi 143 Jun 2009. Semoga ianya turut memberi manfaat kepada kita semua walauoun sedikit. Insya-Allah.



(1) BERTUTUR DENGAN BAIK ITU UMPAMA SEDEKAH.


Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Pahala tutur yang baik sama seperti bersedekah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


(2) BANYAK BERCAKAP BANYAK SALAHNYA.


Kalau kita sedar kita asyik 'terbabas' dan banyak bercakap perkara sia-sia lebih baik kita kawal lidah dan diam sahaja:

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang yakin kepada Allah dan hari akhirat, dia perlu bercakap yang baik-baik atau diam sahaja." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


(3) JADI ORANG ISLAM YANG TERBAIK.


Pada suatu ketika sahabat Nabi bernama Abu Musa Asy'ari berkata: "Wahai Rasulullah! Siapakah orang Islam yang paling baik?" Jawab Rasulullah: "Orang yang menyebabkan semua orang Islam selamat daripada lidah dan tangannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


(4) Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah SAW juga memberi amaran tentang bahaya lidah yang boleh menjadi sebab kita tergelincir dalam neraka. Hadis diriwayatkandari Abu Hurairah r.a. dia pernah mendengar Nabi Muhammad bersabda: "Hamba yang mengucapkan kata-kata tanpa berfikir baik buruknya boleh menyebabkan dia tergelincir ke arah neraka lebih jauh dari jarak antara timur dan barat."


(5) Dalam satu hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW mengatakan tentang empat sifat yang jika ada pada seseorang, dia dianggap munafik sehingga dia meninggalkan sifat itu. Sifat itu adalah, apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap dia menipu, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bertengkar dia membuat sumpah palsu.


(6) JANGAN SUKA 'BUSY BODY'.


Sifat peka dan prihatin pada kawan-kawan itu sifat yang baik tetapi jangan pula kita asyik mencari kelemahan dan kekurangan mereka. Lebih teruk lagi kita mencanangkan pula pada orang lain. Itu mengumpat namanya.

Jika hendak tahu apa definisi sebenar tentang mengumpat, mari kita baca hadis di bawah:

Rasululah SAW pernah bertanya sahabat-sahabat baginda: "Saudara-saudara tahu apa itu mengumpat?" Sahabat-sahabat menjawab: "Allah dan utusannya lebih tahu."

Kemudian Rasulullah berkata: "Mengumpat itu ialah saudara menyebut hal rakan saudara yang dia tidak suka."

Ada orang bertanya," Apa pandangan tuan apabila saudara saya itu memang sifatnya seperti yang saya sebutkan?"

Rasulullah menjawab," Apabila dia memang begitu, maknanya saudara mengumpat kepadanya. Apabila diia tidak bersifat seperti apa yang saudara katakan, bererti saudara menfitnahnya." (Riwayat Tarmizi)


Sama-samalah kita renungi apa yang tertullis ini. Kita sama-sama memperbaiki kelemahan diri kita. Kita, manusia ini semuanya sama sahaja, yang membezakan hanya tahap ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Salah dan silap ana mohon keampunan daripada Allah SWT dan kemaafan daripada sahabat- sahabat ana sekalian. Jika ada teguran, dialu-alukan. Pastikan berhikmah..Salam Ukhuwah..

Jumaat, 12 Jun 2009

The Lost World of Tambun...

Alhamdulillah..Hari Khamis bersamaan 11 Jun 2009 ana bersama-sama keluarga pergi bercuti di The Lost World of Tambun..Tempat ini terletak di Ipoh, Perak.

Mula-mula rasa malas sangat nak pergi..Iyelah..Memandangkan sebelum ini tak keluar
mana-mana pun..jadi nafsu nak berjalan-jalan tu kuranglah..huhu..

Apa-apa pun...demi keluarga dan ana yang sudah lama tak keluar jalan-jalan pun pergilah..Apa taknya dah dapat kupon-kupon percuma, mahunya tak nak pergi..Lagipun nanti kalau tak pergi tinggal rumah sorang-sorang pulak. Lagipun tempat ni belum ana sampai dan ambil peluang ni jelajahlah tempat tu..

Sampai pun pukul 10.30 pagi...
Adik-adiklah mandi-manda sakan..ana...mandi??? fuh...tak kuasa..lagipun bahayalah.. dah beso nak main macam budak-budaklah pulak..hehe..Just tengok jer....duduk-duduk dengan emak..sembang-sembang lagi best..Lagipun datang sana tu memang nak tenangkan fikiran lepas banyak perkara bberlaku especially bila diri kita ini dipermainkan oleh sahabat..huhu sedih pulak..

Takperlah..bender tu malas nak fikir..Emak pun kata biarjer...Allah lebih tahu apa yang terbaik...Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..Betulkan?

Oklah..balik kepada cuti kt sana...Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain mandi-manda tu..

Masuk Kepura Cave..Itulah first time masuk cave tu..seronok gak..tapi takde apa-apa pun Just tempat untuk meeting ker..sembang-sembang ker...

Lepastu, Pergi tengok harimaulah..macam-macam...
Pusing lagi..berkayuhlah pulak naik angsa besar..Swan Paddle...RM3 per person plus makanan ikan RM 1...fuh..15 minit tu kene kayuh..adik punyer pasal..kayuh jugak..hehe ikhlas kerana Allah....pusing lah satu tasik tu..Alamat tak jatuh dalam task tu kalau tidak..tak balik KISAS lah ana..

Yang penting ana sudah terbang bersama my Star...Nak tahu? Pergi dulu sana cariklah..Star..Gerenti siapa tahan gayat dan pening...Bolehlah naik bender tu..huhu...Naik Pirates pulak macam nak muntah lepas tu..fuh...gayat...
Yang paling best ana dengan adik-adik ana sapu bersih semua pertandingan yang facilitators buat kat sana..Dah alang-alang satu family lepak kat tempat pertandingan tu..apa lagi kutip hadiah lah..hehe..Ana dengan dua lagi adik ana sama-sama bertanding dalam pertandingan Tarian Buluh..opps...ana tukang ketuk buluh jer..adik lelaki ana yang sibuk-sibuk menari kat dala buluh tu..akhirnya..alhamdulillah...menang tempat pertama..huhu..Lepastu sama-sama masuk pertandingan sampan pulak..apalagi hanyutkan sampan atas ais pulak..ana menag tempat kedua ..adik-adik ana masing-masing tempat kelima dan ketiga.
Adik ana lagi dua masuk pertandingan mewarna pulak..fuh....dekat sejam menunggu..oklah..alhamdulillah seorang saguhati dan seorang lagi tempat kedua..
Lepas sahaja semua pertandingan tu..alhamdulillah berbaloi dapat pulag macam-macam hadiah..ada beglah dan paling seronok dapat enam keping tiket datang sini lagi percuma sahaja..Jadi sahabat- sahabat yang mahu lepaskan beban kat fikiran tu..bolehlah ramai-ramai datang dengan family..Oklah..tujer untuk kali ini...
Kirenyer satu Tambun tu ana dah pusing..seronok tu memang seronok....Bila naik Star tu..rasa macam lepas dah semua masalah...
akperlah..bagi sahabat-sahabat yang masih belum berkesempatan untuk pergi ke sana..

Sabtu, 6 Jun 2009

Hadiah Hari Guru Khas dari 507 2009


Alhamdulillah..akhirnya kami pelajar-pelajar 507 dapat beri hadiah kad tu khas untuk guru yang mengajar kami...Kami harap guru-guru semua suka dengan hadiah kami yang tidak seberapa itu jika hendak dibandingkan dengan ilmu-ilmu dan jasa-jasa guru- guru yang tidak terkira.

Sekali lagi ana mewakili pelaja-pelajar 507 ingin mengucapkan Selamat Hari Guru..


By the way, ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat muslimat 507 yang turut memberikan kerjasama kepada ana untuk menangkap gambar-gambar antunna semua. Terima kasih diucapkan kepada Ketua Tingkatan 507, Iftitah dan sahabat-sahabat muslimin 507 kerana turut bertungkus-lumus menjayakan kad ini. Terima kasih kepada Qutham sebab sudi mendesign kad ini.


Khamis, 4 Jun 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Kisas 2009


















Alhamdulillah..Pada hari Jumaat yang lepas, bersamaan 29 hb Mei 2009 yang lepas,
kami semua telah mengadakan
Sambutan Hari Guru Peringkat Kisas Kluster Kecemerlangan 2009
Hmm...penat tu memang penat..tapi berbaloilah..sebab tahun ini, memang tahun yang paling meriah...
Macam- macam ada..Ada persembahan guru..para pelajar..
Memang best..
Tahun ni..tahun akhir kat sana..
Sedih plak..sebab tahun ni tahun terakhir sambut sebagai seorang pelajar sekolah menengah...huhu..
Aper-aperpun..terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang banyak mencurahkan jasa kepada kami semua..jasamu tetap kami kenang hingga ke akhir hayat...
Selamat Hari Guru..
Kami sayang cikgu-cikgu...
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan berada di bawah naungan Allah s.w.t.





















Tazkirah ringkas

Alhamdulillah tazkirah ini ana dan sahabat-sahabat dapat sewaktu tazkirah Maghrib-Isyak di Musolla al-Muqarrabin. Semoga ianya bermanfaat untuk dikongsi bersama. alau ada kesalahan, silalah tegur..Wallahualam...

20 Bencana Lisan

1. Berkata yang tidak perlu
2. Mengambil tahu tepi kain orang(mengambil tahu perkara-perkara yang tidak baik)
3. Melibatkan dalam kebatilan(contoh:bercakap mengenai lelaki)
4. Berbantah-bantahan dan bertengkar
5. Pertelingkahan
6. Meniru percakapan yang indah-indah(meniru cakap orang lain, meniru lebih kepada
keburukan, meniru orang lain dan melebih-lebih dari orang tersebut>over)
7. Berkata kotor, memaki hamun, lidah cabul
8. Melaknat
9. Bernyanyi, bersyair
10. Bersenda gurau
11. Menghina dan mengejek
12. Membocorkan rahsia
13. Janji bohong
14. Berdusta dalam tutur kata dan bersumpah
15. Megumpat yakni Ghibah
16. Mengadu domba, batu api
17. Percakapan dua muka, talam dua muka
18. Memuji
19. Menjaga diri daripada kesalahan-kesalahan yang merbahaya
20. Pertanyaan yang pelik-pelik

Rintihan Kalbu


Alhamdulillah..akhirnya termakbul juga

hendak meletakkan lagu Rintihan Kalbu ini di blog ana.

Kalau tidak silap ana, Rintihan Kalbu ini lagu lama Kolej Islam Sultan Alam Shah...atau

dua nama sebelumnya sama ada wujud masa Kolej Islam Malaya atau KolejIslamKlang..Komen..hmm..best sangat lagu ini..

Bait-bait liriknya sangat menyentuh hati kita yang turut

sama belajar di sana. Ramai sahabat-sahabat ana

terutama sahabat-sahabat sedorm dengan ana meminati lagu ini.

Semoga bait-bait lirik lagu ini menjadikan semangat untuk kita semua

mengharungi perjalanan sebagai seprang pelajar Muslim di Kolej Islam

serta beristiqamah mengharungi hari-hari yang akan datang, Insya-Allah..

"Fastaqim kama umirta"


Di sini ana turut sertakan bait-bait lirik lagu tersebut...

Jika ada sebarang kesalahan mohon teguran dan mohon

keampunan daripada Allah s.w.t. dan kemaafan daripada sahabat-sahabat.


RINTIHAN KALBU


Hari ini tiada senda dalam bicara

Deru air mata merupakan segalanya

Sang hati bicara sendiri

Bangunkan ummah bina generasi


Di bumi yang bertuah ini

Diriku mula mengenali

Matlamat hidup sebagai abdi

Kepada Allah, Allahu Robbi


Diriku kini sebebas unggas

Terbang riang di angkasa raya

Menyanyi merdu irama qalbu

Indahnya...Indahnya...oh Indahnya


Wahai generasi dengarlah pesanan ini

Bumi ini bumi bertuah

Suburnya sesubur tanaman di lembah

Melahirkan insan berjiwa tabah


Kutiplah mutiara...mutiara indah

Untuk bekalan diri berpindah

Sebelum jejak kaki melangkah

Sebelum penyesalan membawa padah


Sahabat perjuangan

Usah digentar musuh di hadapan

Pandanglah di depan balasan Tuhan

Syurga Firdaus menanti kalian


Teruskan...oh Teruskan

Perjuangan menegak kebenaran

Di dalam kebungkaman akhir zaman

Selagi hayat di kandung zaman


Wahai teman seperjuangan

Dengarlah harapanku ini

Pohon untukku dalam doamu

Diriku pejuang Islam yang satu

Diriku pejuang Islam yang satu

Rabu, 3 Jun 2009

Mabruk 'alaikum ex-kisas batch 53 2008



Senarai ex-KISAS batch 53 yg berjaya dapatScholarship Petronas:
Arif Aizuddin - Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UTP)
Rasyidi Rosli - Sarjana Muda Petroleum Geoscience (UTP)
Zulaiha - Sarjana Muda Petroleum Geoscience (UTP)
Ahmad Hishamuddin - Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (UTP)
Athiyatul Syakirah- Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (UTP)
Ahmad Kamil Azeddin - Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (UTP)
Zulazam - Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (UTP)
Ahmad Saifullah - Sarjana Muda Kejuruteraan Sivil (UTP)
Mauizah Hasanah - Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan (UTP)
Aniza - Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan (UTP)
Ahmad Afandi - Geofizik (Amerika) Azarulzaman - Ekonomi (New Zealand)
Senarai ex-KISAS batch 53 yg berjaya dapat Scholarship TNB:
Amir Rahimi - Foundation in Electrical Power Engineering (UNITEN)
Athiyatul Syakirah - ?
Senarai ex-KISAS batch 53 yang berjaya dapat scholarship JPA:

Keseluruhan ada 75 Pelajar :
FROM 75 KISASIANS:
MALAYSIA - 16
EGYPT - 12
J ORDAN - 11
JAPAN - 1
OTHERS - 35
MALAYSIA;
IPTS:SCIENCE (3) -
Rifhannisa,Hazirah Nordin,Nurul Huda al-Ameen
ENGINEERING (3) - Asyraf Ashaari,Rasyid,Zaimfauzan
BUSINESS ADMINISTRATION (1) - Fatihah Zakaria
MEDICINE (1) - Zharif Syafiq
ACCOUNTING (2) - Amirul Aliff,Nurul Ain Jasni
IPTA:
SOCIAL SCIENCE (4) -
Shaheer,Izzati Adenan,Wan Nur Sabiha,Tengku Abdul Hadi
ELSEWHERE (IPTA/S):
SOCIAL SCIENCE (1) - Syamil Nazmi
MEDICINE (1) - Hanisah
EGYPT;MEDICINE (12) -
Hamizah Zainal,Naufal,Harsyafiq Razazwan,Siti Nurbani,Adilah Zulkifly,Atiqah Sufian,Afif Fahim,Siti Nurliyana Azizan,Nur Muhammad Ammar,Fatin Faeznur,Nur Shaymak,Farahin Mat Tarmizi
JORDAN;
ECONOMY/FINANCE & ISLAMIC BANKING (6) -
Ainun Sailah,Solehuddin Suhaimi,Yaqzan Yazed,Fadhilah Husin,Syuhada Subri,Fadhil Hamdi
MEDICINE (3) - Khairunnabilah,Rif'ah Rahim,Farah Md. Nizar
DENTISTRY (2) - Siti Norhakimah,Furqon
JAPAN;
JAPANESE ACADEMIC ENGINEERING (1) -
Fashan Farizi
OTHERS;
ENGINEERING (6) -
Saifullah,Firdaus Izaraee,Zulhilmi,Syazwani Zakwan,Nabilah Mahfuz,Wan Nuha
SCIENCE (3) -
Syazwani Razali,Farahin Hamid,Aidil Asyraf
MEDICINE (6) -
Khadijah Haron,Wahdaty Najihah,Baihaqi,Siti Amirah Shukri,Nursyazani,Amin Ramli
ACCOUNTING (7) -
Izzati Rashidi,Badrul Hisyam,Syazwan Shafie,Azarul Zaman,Atikah Sobri,Syuhada Syuroa,Hidayah Rahman
BIOTECHNOLOGY (2) -
Aniza Jonin,Nabihah Mahfuz
LAW (1) -
Nur Ainina
KOREAN TECHNICAL ENGINEERING (1) -
Siti Zulaihah
FRENCH ENGINEERING (2) -
Hafiz Arselan Hakim,Hakimin
VETERINARY MEDICAL SCIENCE (1) -
Syazwana Sharim
PHARMACY (3) -
Siti Hawa,Fatin Fasihah,Aisyah Nazirah
AGRICULTURAL SCIENCE (1) -
Firdaus Md. Zain
GERMAN ENGINEERING (2) -
Annas,Kamil Azeddin
Tahniah daripada pihak BADAR. Sematkan "Fastaqim Kama Umirta" di dalam jiwa anda walau di mana anda berada... *diambil dari http://ruhhuldaie.blogspot.com/
Posted by Badan Dakwah dan Rohani KISAS at
01:21 2

KISAS@Berita Harian(Kolejku : ) )



Sekolah Terbilang: Gedung ilmu

Oleh Rosniza Mohd Tahamailto:Tahayoniza@bharian.com.my


KISAS menyediakan bahan rujukan lengkap bagi memberi peluang pelajar menimba sebanyak mungkin ilmu.
KISAS himpun cerdik pandai, pemimpin di kalangan lepasan sekolah agamaKOLEJ Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang dikenali sebagai gedung ilmu yang menghimpunkan cerdik pandai dan bakat kepimpinan di kalangan lepasan sekolah agama.Antaranya, Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.
Walaupun namanya sudah tiga kali ditukar sejak penubuhan pada 1955, kecemerlangan Kisas menghasilkan modal insan kelas pertama tetap berkekalan hingga kini dengan berpegang motto Bersama Rangkul Keunggulan.
Pengetuanya, Abdullah Jusoh, berkata budaya Islam dan suasana pembelajaran sempurna menjadi resipi kejayaan sekolah berteras agama itu melahirkan pelajar berilmu, berakhlak, bertakwa serta mampu memberi sumbangan kepada agama, ummah dan negara.Beliau berkata, berbekalkan pengetahuan, kemampuan dan jati diri unggul yang dipupuk, lepasan sekolah itu mampu bersaing di peringkat global dan menyumbang kepakaran mereka dalam pelbagai bidang serta kerjaya merentasi sempadan negara.
LITERASI komputer antara pendekatan dilakukan KISAS bagi membentuk pelajarnya celik teknologi maklumat.
Katanya, penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) 'Tiada Muflis 3A' antara faktor yang merangsang pencapaian cemerlang pelajar dalam akademik khususnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).Malah, katanya sekolah berkenaan mencapai lonjakan saujana dalam peperiksaan itu tahun lepas dengan catatan gred purata sekolah 1.68, manakala 32 pelajar mendapat 1A semua 11 mata pelajaran serta dua lagi mendapat 121A.Beliau berkata, sejajar penekanan pembangunan holistik, pembabitan pelajar dalam pelbagai kegiatan kokurikulum turut digalakkan termasuk pertandingan Formula One In School Technology Challenge, Inovasi Sains dan Reka Cipta, debat, pidato, taekwondo, ragbi, tenis dan menembak."Sejak penubuhannya hingga kini, Kisas sentiasa menjadi tumpuan pelajar terbaik dari sekolah agama, selain melahirkan tokoh nasional dalam pelbagai bidang dan kerjaya.
"Satu lagi perbezaan KISAS berbanding sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) lain adalah mengadakan peperiksaannya sendiri dikenali Sijil Khas Kolej yang memberi merit khas kepada lepasan Kisas dalam bidang agama atau permohonan biasiswa."Kejayaan itu membuktikan sekolah berkenaan tidak menumpukan kepada aspek agama saja malah pembangunan holistik pelajar supaya mereka dapat membina masa depan keluarga dan negara menerusi pelbagai bidang," katanya.Mengulas status sekolah kluster yang diterima sejak 2007, Abdullah berkata, lima faktor dijadikan keutamaan KISAS bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok sekolah cemerlang berkenaan.Ia termasuk menghasilkan pelajar berintelektual tinggi, pemantapan sahsiah, membangunkan kemahiran insaniah, ketrampilan dan kecergasan fizikal, pengenalan persekitaran kondusif dan berkualiti menerusi program Pensijilan Persekitaran Berkualiti Sistem 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia serta menjalin hubungan komuniti.Kejayaan itu mendapat pengiktirafan termasuk Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan (Akademik/Kokurikulum) dan Anugerah Kokurikulum Terbaik SBP 2008 kerana muncul antara sekolah paling cemerlang di kalangan 54 SBP seluruh negara.Pada awal penubuhannya, sekolah itu dikenali Kolej Islam Malaya (KIM) dan ditempatkan di bangunan bekas istana (Istana Anjung) di Klang yang dihadiahkan Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor ketika itu.Pada 1966 KIM ditukar nama kepada Kolej Islam Klang (KIK).Pada 1972, kolej berkenaan diambil sepenuhnya Kementerian Pendidikan dan dinaikkan taraf sebagai SBP dan pada 1989, Sultan Selangor berkenan menukarkan nama KIK kepada Kisas.


InfoPencapaian terbaik KISAS 2008Antarabangsa


Johan - Kem Tutti Fratelli International
Medal of Peter O Halloran - Australian Mathematics Competition
Finalis - Mondialogo School ContestKebangsaan
Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Reka Cipta SBP
Johan Kem Penulis Muda
Johan Pertandingan Folio Pengguna
Johan Debat Bahasa Arab
Posted by Badan Dakwah dan Rohani KISAS at
05:47 1