Sabtu, 16 Mei 2009

Tazkirah Ringkas..

*Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..
*Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...
Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini.
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,
perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...
Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani=)
sekuat mana pun godaan yg kita hadapi,
sekukuh apa pun cubaan yg harus kita jalani,
sebesar mana pun kegagalan yg kita rasai,
sejenuh mana pun hari2 yg kita lalui,
jangan pernah berhenti berharap pada Ilahi,
jangan pernah berhenti berdoa kpd Rabbi kerana harapan adalah masa depan,
kerana harapan adalah sumber kekuatan,
kerana DOA adalah pintu kebaikan dan kerana DOA adalah senjata bagi seorang pejuang yang beriman .

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.W.T.

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat.
P/S Kalu x boleh buat semua, jangan tinggal semua

wasiat saidina Ali karamallahu wajhah:

"apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dgn melakukan dosa (maksiat) maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan tetap berkekalan."

“Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..” (Imam As-Syahid Hassan Al Banna)
"Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Dan pandangan hatilah yg hakiki, kalau hati itu bersih.."

0 comments: