Isnin, 11 Mei 2009

Alihkan matamu ke laut,
Air biru penuh ketenangan,
Namun hanya Allah yang mengetahui isi di dalamnya,
Begitu juga dengan kehidupan manusia,
Di sebalik tawa riangnya,
Menutup duka di dada,
Namun hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya,
Jika dirimu berasa kecewa,
Pandanglah ke sungai,
Kerana airnya tetap mengalir,
Walaupun berjuta batu menghalangnya,
Tetap mengalir ke muara,
Jika dirimu berasa sedih,
Pandanglah ke langit,
Insya-Allah,
Akan sedar bahawa Allah sentiasa bersama...

0 comments: