Jumaat, 30 Januari 2009

Lafaz yang Tersimpan...

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?



Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga ayah, suami dan pipi mungil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram. Mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia. Sifat Keperempuanan yang dipupuk dengan Iman dan Ibadah.


ANDA INGIN LEBIH CANTIK DAN MENARIK??

  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar(menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda. Nescaya akan semakin hening dan jernih.
  • Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda. Nescaya akan semakin manis.
  • Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.
  • Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  • Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
  • Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan "gelang Tawadhu'" dan jari-jari anda dengan "cincin Ukhuwwah".
  • Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
  • Bedaklah wajah anda denagn "air Wudhu'" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Semoga ilmu ini akan meningkatkan Iman kita insya-Allah....Sama-samalah kita hayati, renungi dan muhasabah diri kita..sejauh manakah amalan kita selama kita masih hidup di dunia ini...

Khamis, 29 Januari 2009



Cinta Sang Puteri


Penulis :RAMLEE AWANG MURSYID

Harga : RM 19.90helaian

Halaman:572 halaman

Sinopsis :


CINTA SANG RATU Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani?

Cinta Sang Ratulaksana langit mencengkam purnama,ibarat mutiara di lautan biruujana mata memandang, seluas langit terbentang.tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHANpabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhanSang Ratu menjadi impian.Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit.

Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.


"Haryani, walau apapun yang berlaku. saya tetap mencintai dan menyayangi awak"



Cinta Sang Ratu...Mengulang kisah perkelahian di langit yang berkaitan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta.




Alhamdulillah..akhirnya ana sudah pun menghabiskan bacaan ana tentang novel ini. Memang jalan cerita novel ini sangat menarik. Betapa teguh dan mantapnya Iman Laksamana Sunan dalm menempuhi halangan demi halangan. Walaupun ana belum sempat lagi untuk membaca siri pertamanya iaitu Bagaikan Puteri, tetapi daripada pembacaan ana daripada novel kedua ini dapat mengagak apa yang telah terjadi dalam novel pertama. Hasil karya saudara Ramlee ini sangat mengagumkan. Semoga sesiapa yang membacanya dapat mengambil segala iktibar dan semoga novel ini dapat meningkatkan iman kita. Amin.....